01 May 2017

ANAK LAMBAT BERJALAN DAN LAMBAT TUMBUH GIGI



Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Adakah anak anda lambat berjalan dan lambat tumbuh gigi ?

Mesti sebagai ibu bapa yang prihatin akan risau. Lagi-lagi bila baru pertama kali jadi parents then ada pulak anak kawan or sepupu yang sebaya umur dengan anak kita. Same goes to me huhu

Memang Yaya perasan yang Zafran agak manja sikit lambat sikit meniarap, lambat merangkak, lambat berjalan dan tumbuh gigi. Bila google -google memang tak dapat jawapan. Mungkin takde yang tulis pasal ni.

So Yaya teringin nak share tentang ni. Sebab bapa mertua duk ulang-ulang kata "ayah Zafran dulu 10 bulan dah berjalan. Si Zafran ni tanda- tanda nak merangkak pun takde ". Risau gak la..

So kat sini Yaya nak share sikit milestone Zafran yang sempat Yaya catat. Untuk rujukan mommies yang risau kalau anak lambat tuuuu lambat niii...



Zafran Milestone 👶🏻

Meniarap-4bulan
Mengensot-8 bulan
Sebut ba ba mama -9 bulan
Minum straw - 9 bulan
Ejek orang batuk- 9 bulan
Turun katil - 9 bulan
Bye bye - 10 bulan
Gimme 5 -9 bulan
Merangkak -1 tahun
Tumbuh gigi pertama -1 tahun 1 bulan
Berjalan -1 tahun 1 bulan
Tangan kena iron -1 tahun 1 bulan
Jatuh - 5 kali officially hahaha
Kena HFMD 1 tahun 1 bulan
Tepuk tangan -1 tahun 1 bulan
Tumbuh gigi kedua-1 tahun 2 bulan

So kalau refer pada milestone Zafran ni memang agak lambat tapi tetap normal. Jangan risau la ibu ibu muda semua. Kadang-kadang kita ni terlalu rujuk kitab FB tu yang jadi tak tentu arah bila anak tak ikut apa yang kitab FB cakap.

Contohnya

Anak merangkak 7 bulan. Zafran rileks je lepas berjalan baru nak merangkak. hahahaha sabar je la.

Sekarang ni bila dah berjalan memang jadi hulk je la..haahaha mengejar dia..penat weii bila anak dah berjalan.


Image may contain: one or more people

korang tengok macam mama tak jadi hulk. dah la tahap kesabaran mama dia ni senipis kulit bawang hahahahah

mengucap mama nak oiiii..




1 comment:

  1. insyallah okay saja.. anak2 saudara CT pun mcm2 rentak dan gaya. lain budak lain hehe.. semoga membesar jadi anak soleh sihat sentiasa ^^

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^