12 March 2017

TIPS ANAK KENA HFMD ! JANGAN CEPAT PANIK

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi,



Harini terasa rajin nak update pasal Zafran kena HFMD minggu lepas. Serius rasa blur dan panik bila takde pengalaman tiba-tiba anak kena penyakit yang paling mak bapak takutkan. Tapi silap Yaya juga sendiri sebab eksaited sangat bawa dia pergi tempat yang memang terdedah dengan virus tu. Tak de lansung ambil langkah pencegahan 🤦🏼‍♀️


Image may contain: 1 person

Kononnya nak happy kan anak rupanya menyakitkan anak huu

Image may contain: 2 people
kalau rasa nak bawak anak pergi tempat-tempat macam ni sila ambil protection contohnya sapu sanitizer pada tangan dan kaki anak. Lepas je main terus bawa pergi basuh tangan ke..Yaya memang tak alert tentang tu masa tu sebab eksaited sangat. huhuhu kesian Zafran.

Macam mana boleh kesan HFMD ni?


Haaaa kalau anak korang demam dengan suhu 38-39 darjah panas gila..Dah bagi ubat demam tak surut-surut..Dah jerlum dengan air asam jawa pun tak turun-turun suhu. Esok paginya terus bawa pergi klinik



Image may contain: one or more people, people sleeping and baby

tidur sampai tertonggeng sebab virus menyerang kot. Panas sungguh badan masa ni 

Esoknya pergi klinik doktor check terus..memang meragam la si Zafran rupanya mulut dah penuh ulser. kesiannnn anak ku.  Kaki dan tangan dah naik bintik- bintik sikit. Doktor memang suspek HFMD dah. Terus doktor cucuk ubat bontot sebab terlalu panas badan dia.

So Yaya terus google apa yang kena buat apa yang kena elak ! so Yaya ringkaskan semua kat bawah ni 

Yaya share tips -tips di bawah ni mengikut pengalaman sendiri. Kalau ada kekurangan atau yang tidak sesuai untuk anak anda tak perlu follow ye ☝🏻.
Alhamdulillah Zafran bebas HFMD dalam seminggu je. Tapi ingat HFMD boleh je kena banyak kali kalau tak ambil langkah pencegahan

Image may contain: drink

Rendamkan semua baju anak dengan Dettol Laundry Sanitiser untuk bunuh bakteria.Nak lagi best rendam dengan air panas sekali �


No automatic alt text available.
Kerapkan mop lantai dengan pencuci pilihan anda. Tak kisah la Ajax ke, Dettol ke, Sebaiknya yang membunuh bakteria la. Kalau anak anda tengah aktif merangkak or berjalan lagi la wajib hari2 mop.

Image may contain: drink

Mandikan dengan air suam (kalau yaya letak dettol sikit ). Yaya guna mandian baby cetaphil sesuai untuk kulit yang tengah sensitif .

No automatic alt text available.
For sure anak kena HFMD akan penuh ulser dalam mulut. So selera makan anak pun akan turun mendadak. Susu pun mesti tak nak minum sebab mulut sakit.. Cara yang doktor ajar boleh berikan ais krim vanila. Nak sedap lagi aiskrim vanila mcd. Haha ni mama yg over �

Mesti laju je anak makan. Kalau anak tak selera makan bubur ke sup ke.Berikan makanan tambahan Meal Shakes supaya anak tetap dapat khasiat walaupun sakit.



No automatic alt text available.
�Untuk boostkan imun anak Yaya yang makan Nutriferon sebab anak tak nak telan Nutriferon. So dia akan dapat melalui susu ibu









Image may contain: one or more people

Sapukan bintik bintik merah yang melepuh tu dengan Krim Herbal Blend. Setiap kali lepas mandi sapu dan selepas anak tidur. Nampak kan bintik yang hitam kt lengan tu..haaa tu lama2 parut akan jadi hitam ..so kena kerap sapu untuk elakkan parut .Kaki ada juga tapi lupa tangkap gambar �




No automatic alt text available.
Bio oil tu option je sebab mama letak bila ingat sahaja kt parut-parut yang degil tuu

No automatic alt text available.
Sekarang ni Yaya mesti akan beli hand sanitizer dan wet tissue so bila pergi mana2 pasaraya naik troli ke..lap dulu siap2..lepas tu kalau makan kat kedai makan baby chair tu lap juga..Tangan sapu dengan hand sanitizer biar mati kuman-kuman tuu �

Image may contain: 2 people

Bila anak kena HFMD ni parents kena double EXTRA rajin la.. elakkan bawa anak ke tempat awam sebab kesian kt anak dan anak orang lain. At least 2 minggu la kuarantin dari bawa anak ke tempat awam. Bagi betul2 sembuh dulu. Anak memang akan merengek lagi2 bila start demam tu..memang tak tidur la mama �. Gambar di atas ni salah satu sebab Zafran kena HFMD. So mama dah trauma nak bawak �

Segala tips di atas adalah cara yang Yaya buat untuk pastikan anak sihat cepat. Alhamdulillah, Dalam seminggu HFMD Zafran sembuh .

Lagi satu info, kalau penjawat awam boleh dapat cuti kuarantin max 5 hari ye, ikut budi bicara ketua jabatan �.

























No comments:

Post a Comment

komen anda begitu berharga~ ^__^