17 December 2013

MANDI BUNGA - Persediaan sebelum berkahwin.

Assalamualaikum,

Bila sebut tentang mandi bunga ada yang fikir bukan - bukan.. dia ni ada ilmu la..baca baca la..hahaha..nak tergelak bila orang menggunakan persepsi tu. hmm sebenarnya mandi bunga ni ada benarnya..cuma konsisten tak konsisten je. tapi tak boleh juga nak harapkan aura bunga tu semata mata . sebenarnya hati kita tuuu kalau bersih..keluar lah semua aura positif. noktah ! hahaha..

Tapi yaya nak share juga la info- info yang yaya cari by google kan..sebab nak fahamkan betul- betul apa fungsi setiap bunga kan. heee tak salah pun tambah ilmu. I love flower !


Kalau nak tahu Julia Perez pun mandi bunga okay ! hahaha

Prosesi Siraman dan Mandi Bunga Mawar Julia Perez


Okay mula- mula yaya cari bahan- bahan untuk mandi bunga. ini antara yang yaya jumpa.

Bahan - Bahan Untuk Mandian
  1. Bunga Tujuh Jenis, Tujuh Warna dan Tujuh Wangian
  2. Limau Nipis Tiga Biji
  3. Limau Purut Tiga Biji
  4. Sebiji Buah Oren ( tak sure !)
  5. Sebiji Buah Epal ( tak sure !)
  6. Daun Pandan Tiga Helai
Kalau yaya, yaya suka tambah buah lemon. best gila bila sental sental kat kuku..ketiak semua.hahaha ! kasih freshh.

Ini pulak jenis- jenis bunga yang selalu digunakan masa mandi bunga, so baru kita faham fungsi setiap bunga. memang ada kelebihan masing- masing 


  1. Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
  2. Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.
  3. Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.
  4. Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.
  5. Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.
  6. Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.
  7. Limau purut - buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah.
  8. Limau susu - melembutkan kulit.

Kemudian bila kita dah tahu bahan semua. mestilah kena tahu tips ! jangan mandi bodo bodo je..membazir okay ! 


Terdapat pelbagai jenis mandi bunga. Tidak semua mandi bunga menggunakan bunga yg sama. Namun, bunga yg menjadi kemestian ketika 'ritual' ini adalah bunga mawar, melur, kenanga, kemboja, jejarum, dan kesidang. Bunga2 ini dipercayai kaya dgn tenaga positif.

Sebelum Merendamkan bunga2 ini, adalah lebih baik jika anda menjemur bunga2 ini di bawah cahaya matahari yg tidak terlalu terik sehingga ia layu utk memastikan segala tenaga positif di dlmnya keluar apabila direndam.

Kelopak bunga2 ini kemudiannya akan dicampurkan bersama hirisan daun pandan, daun limau, hirisan limau nipis, limau purut serta limau kasturi. Bahan2 ini kemudiannya akan diembunkan semalaman sebelum airnya digunakan.Begitulah caranya yg sebenar.

Siraman harus dimulakan dari kepala danmenurun ke kaki. Barulah menjadi. Siraman dari kepala mempunyai sebab tersendiri. Apabila anda menyiram air bermula dari kepala, ia sebenarnya membuang segala tekanan yg anda pikul setelah sekian lama. Tahukah anda, bunga sebenarnya menyerap cahaya. Oleh kerana itulah, mandi bunga dikatakan dpt memancarkan aura seseorang wanita.

Namun, sesetengah pusat kecantikan yg menyediakan perkhidmatan mandi bunga hanya akan membeli bunga dan menabur kelopaknya di dlm tab mandi. Inilah yg menjadi punca mengapa seri bunga tidak 'naik' kepada wajah wanita yg berendam

Okay selesai juga entry mandi bunga ni. heee tapi janganlah terlalu taksub pulak. sekadar happy happy je..semua ni pengaruh tradisional yang kuat dalam diri yaya. memang suka benda benda semulajadi kalau bab kecantikan dan kebersihan ni. eh cantik ke aku ? wakakaka !





2 comments:

  1. Mandi bunga xpernah. Mandi susu pernah. Heheehehe

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^