04 June 2013

Dalam sedar tak sedar .

Assalamualaikum,


Entah kenapa malam ni tiba - tiba nak refleksi diri, dulu masa kne buat assignment selalu kena buat refleksi, sampai copy dan paste je setiap semester, tukar sikit- sikit ayat jadilah refleksi copy paste, tapi still original dari yaya. jahat kan. tak pe proses kehidupan.


Dalam sedar tak sedar tahun ni umur yaya dah 24 tahun, dah makin berumur kan. baru yaya sedar yang yaya dah alami macam - macam proses kehidupan. teringat dulu masa mula - mula nak masuk IPG , kena interview . pheww cuak woo sebab lansung tak study dan prepare ape- ape pun time tu, yelah umur 17 tahun mana tahu ape2..


Kemudian masuk IPG, aarghh perkara paling menakutkan juga lah sebab yaya baru kali pertama berpisah dengan family, sebab sebelum ni tak pernah punn berpisah. ini kali pertama. dup dap dup dap sampai tak boleh tidur malam la..dan akhirnyaaa yaya selesai juga menamatkan pengajian selama 5 tahun setengah kat IPG MELAKA. Alhamdulillah, semua suka duka ada di sana. tapi banyak yang sukaaa dari yang suka.

kenangan kena saman di melaka, suka duka..hehhe

Dan Alhamdulillah juga, saya bertemu dengan buah hati. ermm dah 5 tahun 6 bulan masuk bulan 5  lepas. hehehe..sebab kenal awal- awal sem. macam macam benda yang saya belajar dengan dia, dia banyak ajar saya berdikari walaupun saya tua 4 bulan dari dia. hehehe..rasa dah cukup sempurna bagi yaya. cuma jodoh kami belum sampai. Insyaallah one fine day.




Dan kini, saya sedang menunggu posting. dah nak bekerja. proses nak posting ni pun suatu pengalaman sebab terpaksa menganggur sehingga 6 bulan. best whatt ! cuti untuk 5 tahun setengah yang maha penat tuu..lepas ni nak kne kerah tenaga nak bekerja sampai 55 tahun or 60 tahun maybeee..hahhaa tengoklah sistem baru nanti. mane tahu umur 50 tahun kena pencen dahhh. Aminn.

Sebenarnyaa kehidupan ini perlukan macam - macam pengorbanan, antara sedar tak sedar je kita sedang mengalami proses kehidupan, dimana kita akan jumpa pelbagai jenis ragam manusia. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu senyum dan terima semua yang telah ditakdirkan. Konon matang la kejap kan. rasanya cukuplah refleksi untuk malam ini.

Saya cukup cukup bersyukur dan bahagia mempunyai sebuah keluarga yang saling bantu membantu dan memahami. Terima kasih mak, terima kasih ayah, terima kasih adik - adik, terima kasih sayang =)



2 comments:

  1. tahniah.... akk pon kat ipg jugak... IPGM...

    ReplyDelete
  2. nak cubit mata boleh? haha comelness!

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^