29 May 2013

Majlis Konvokesyen IPG Kali ke- 3

Assalamualaikum,

Akhirnyaa selepas 5 tahun setengah yaya belajar di IPG, konvo juga akhirnyaa..macam- macam perasaan bila nak konvo ni. nak masuk IPG takut..nak konvo pun cuak..hhehee..

So yaya rasa macam nak buat sedikit post mengenai perjalanan konvokesyen ni. untuk persediaan adik - adik junior yang nak konvo tahun depan. hehehe.. mula- mula tengok gambar la dulu..













\\




\

Sempat lagi sesi mengandam hehe,biarlah depan seram,janji gambar hokey.hahaha..




Okay cukuplah tengok gambar, so yaya nak bagi sedikit tips tentang konvokesyen ni..supaya adik- adik semua dapatlah sikit panduan. takdelahh tanpa arah tuju.

Setiap konvo akan ada raptai, so yaya memang sarankan pergi raptai sebab time raptai nilah kita nak uruskan segalan keperluan yang penting untuk hari konvo nanti. sebab raptai adalah hari yang sama, yang tak sama hanyalah sidang- sidang mengikut kos kita.

Contohnya..raptai hari Ahad, then yaya konvo hari Isnin, sebab sidang 2..ada yang konvo hari selasa..hari rabu..so be alert la ye. pastikan update setiap masa mengenai sebarang pertukaran tarikh, takdelah tertukar..sebab ada yang datang dari jauh, plan awal -awal perjalanan anda.

Tips penting sebelum konvo

- Pastikan tempah penginapan, kalau yang mampu boleh la tidur di hotel Shang Ri La, Marriot, Palm Garden , or ay hotel yang lain. Kepada yang tak mampu dan bawak family yang ramai, yaya cadangkan tidur homestay sahaja, dari tidur kat hotel bajet. sebab bagi yaya homestay lebih selesa kepada yang sederhana bajetnyaa. hehehe.. So yaya suggestkan kepada yang ada family ramai tu, ada 7-8 orang..korang stay je homestay, murah pun murah..selesa pun selesa, Yaya tinggal dekat sini http://homestayarni.blogspot.com/
Tinggal 4 hari 3 malam baru RM 495 sahaja. 2 bilik ada air cond, satu je takde.

- Masa raptai or konvo tu, sila bawak la keperluan untuk makan minum semua, beli awal - awal. sebab memang takkan ade orang jual makanan murah - murah dekat picc tu. ada cafe, tapi makanan tak lah sedap mana, mahal je lebih, kalau ada adik- adik nanti yang asik yang makan je..better beli biskut, roti, or gula - gula..takdelah lapar nak tunggu korang konvo nanti. air mineral pun better beli yaa !

- Masa raptai, anda akan dapat jubah, mortar board, cenderamata dan lain - lain lagi. make sure anda dapat semua yang orang lain dapat contohnya
*pas masuk kedua ibu bapa
* sticker untuk kereta
*borang- borang yang penting
*jubah 
*mortar board
*hood

- Untuk saiz jubah. kalau rasa rendah..sila ambil saiz XS - S..kalau tinggi tu..tak payahlah mengade ambil saiz S..walaupun korang kurus..kesian kot kat orang lain yang rendah - rendah..kena pakai jubah saiz M,,mengelebeh kot..huhuhu..contohnyaa saya lah..redha je lah..hehhe..beza saiz jubah tu hanyaalah labuh je..bukan besar..lebar semua sama. 

- Kalau korang tak amik barang- barang ni masa raptai sila datang 2-3 jam lebih awal supaya tak kelam kabut.

- Masa raptai nanti akan ada pihak photographer edarkan borang pos laju kepada semua graduan, make sure korang amik terus dan isi alamat siap - siap..sbab anda dah bayar untuk gambar tu..just tulis dan letak kat booth photographer yang berkenaan. kalau tak isi, tak dapatlah gambar atas pentas masa korang amik scroll.

-Mengenai gambar studio semua, if korang nak gambar yang lebih formal dalam studio..contoh macam gambar yaya kat atas , yaya amik pakej RM 200, so boleh ambil gambar dengan family, dengan parents, individu, candid, free sekeping lagi saiz 11 R, dua frame besar, satu ada logo IPG, satu tak..bagi yaya okay dah..selesa pun selesa sebab dalam hall tangkap gambar, takdelah segan sangat..kalau ade yang mampu boleh la tempah personal photographer..hehe..

Make sure datang 2 jam awal la untuk tangkap gambar studio ni..so takdelah nak tangkap gambar lepas konvo..masa tu semua dah penat dan lesu, serius yaya cakap. contoh macam yaya,,konvo pukul dua,,yaya dah sampai jam 11 pagi..so best la sikit nak tangkap gambar..boleh rehat2 jap..make up2..gambar pun okay la..kalau lepas konvo...sure ramai yang beratur nak tunggu turn..dah la habis konvo jam 6 petang..korang larat keee? hehehe

- Pakai la kasut bertutup, dan kaler yang gelap...tudung pun boleh je nak pakai shawl or ada awning,,janji bawak segala pin dan jarum..nak lekat kat mortar board dan jubah serta hood.

Rasanya dah cukup kot tips - tips ni..hehehe..kalau ada lagi nanti yaya share lagi ye.. xoxo !

3 comments:

  1. Bagus gak bace pengalaman orang...nanti tak la terkial2 ye dok...pape pun tahniah :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih la info yang diberi amat membantu ni.
    Memang excited nak konvo walau dah berusia...
    Semoga princes yaya terus berjaya...

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^