15 June 2012

nak kahwin

Assalamualaikum

maaflah kalau entry saya tulis ni membosankan. sebab saya pun memang tengah bosan sekarang. heheh cuti semester lagi 2 hari je. itu pun termasuk hari ahad. lepas tuuu bermulalah kembali kehidupan sebagai seorang pelajar. lagi 6 bulan je nak belajar beb. lagi 6 bulan nak graduate. selepas 5 tahun setengah saya mentuakan diri di Melaka.

tapi banyak kenangan indah di Melaka, saya suka melaka. sebab melaka lah tempat saya berjumpa dengan dia. sebab tu lah Allah memang dah tentukan semua perjalanan hidup makhluknya. ada hikmah semua kejadian, ada hikmah kenapa saya kena praktikal di batu pahat, ada hikmah saya belajar di melaka. dan ada hikmah saya tak tunang dan tak kahwin lagi walaupun dah nak masuk 5 tahun bercinta . yaaa saya yakin ada hikmahnya.

perjalanan hidup setiap orang berlainan, yee saya faham. tapi apa yang membuatkan saya berfikir sekarang ialah bila ramai kawan yang sebaya dah mula nak membina masjid. tipulah kan kalau nak cakap tak cemburu kan. ada yang bercinta tak sampai setahun terus bertunang. lepas tu hujung tahun nak kahwin dah. mudahnyaa jodoh dia. ada yang bercinta lama bagai nak rak tapi kecewa di tengah jalan. Ya Allah, saya takut sangat benda tu. hmmm..

Apa yang boleh saya buat sekarang ialah berdoa, berdoa untuk kesejahteraan diri. Itu yang terbaik dan tunggu sahaja.

2 comments:

  1. insyaAllah..moga jodoh dipermudahkan..berusaha lah menjadi yg terbaik tuk psangan.. :)

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^