11 January 2012

tough ke jadi gf seafarer ni?

Assalamualaikum,

hari-hari yang membosankan sebenarnya bila masuk semester 7 belajar dua subjek yang sama setiap hari. sampai akhir semester. naik juling mata ni bila kelas statistik kira-kira td. dah nama pun cikgu pendidikan khas, bila kena belajar subjek kira-kira ni PK la juga, hahaa stand for PENING KEPALA ok.

selama ni serius saya tak pernah terfikir nak couple dengan orang kerja tengah laut.pelaut pun dulu tak tahu. yang saya tahu nelayan, betapa ceteknya pengetahuan saya, bermula tahun 2007 saya mula mengenali seseorang. rasanya ada yang dah tahun dan tak tahu. tak perlu lah cerita detail sangat kot tentang diri dia. nanti bila tiba masanya korang tahu juga. tak pun baca older post saya yang tak matang dulu.hehe banyak gambar mr.ribena saya. saya panggil dia ribena sebab dia suka minum ribena walaupun umur dah 22 tahun. dan saya 23 tahun. saya tua 4 bulan je dari dia.

sebenarnya banyak perkara yang tak pernah terlintas difikiran saya contohnya seperti tadilah couple dengan seafarer then muda setahun kalau ikut tahun laaa..kalau ikut bulan 4 bulan je, saya lahir bulan 12 dy lahir bulan 4. so tak banyak beza. hehehe.tapi kalau betulaa dia jodoh saya, saya terima seadanya sebagaimana dia menerima diri saya seadanya.

pahit manis sepanjang 4 tahun bercouple jarak jauh ni memang mencabar, pada saya kalau tak de perasaan saling mempercayai memang 4 jam je kot tahan. heee. bukan nak cakap besar atau bangga diri. waaaa belagak gila minah ni baru couple 4 tahun dah bangga diri. owhhh tidak, saya tak bangga diri, tapi saya sebenarnya takut..takut kalau hubungan selama 4 tahun ni tiba-tiba hilang begituuu sahaja. siapa tak mengharapkan hubungan 4 tahun ini akan ke peringkat seterusnya. tp insyaallah bila jodoh dah sampai saya akan ke peringkat seterusnya.

(kenapa cakap macam matang sangat ni, mungkin dah 23 tahun)

bekerja sebagai pelaut yang belayar selama 3 bulan dan cuti sebulan adakah perkara normal sekarang? sememangnya normal ok. ada yang belayar 6 bulan lagiiii..tapi anak tetap maintain update walaupun 6 bulan yaa. hehehe itulah ajaibnyaa cinta jarak jauh. hehehe. sebenarnya bahagia kadang-kadang bercinta jarak jauh ni. bila kali pertama berjumpa rasa macam first date, malu-malu...yelah selalu dapat sms pun 2-3 hari je paling lama seminggu. then dia ke location selama seminggu..terputus hubungan kejap. kalau dia anchor hati ni punyaaaalah happy. dapat dengar suara kejap pun jadilah lepas rindu.

walaupun dapat sms pun tetap tak boleh nak sms macam selalu, sebab duty kan. kerja tetap kerja. kadang-kadang terfikir kenapa perempuan nak merajuk sampai marah-marah sedangkan cuba kita tengok balik parents kita yang dah kawen rileks je tak sms 24 jam. hehehe. ini baru couple dah mengade kan.

rasanya saya belum layak nak bagi tips untuk bercinta jarak jauh ni. tapi kalau ada yang betul-betul baca ada lah terselit beberapa tips sebenarnya, nak cerita apa lagi pun tak tahu. yang saya tahu saya rindu mr.ribena saya yang makin gebuu itu.

Jadi bila rindu sentiasalah amalkan doa ni lepas solat. tak pun time tak buat apa-apa tu boleh je baca. tenangkan diri. semoga kita semua dapat jodoh yang terbaik untuk duniawi dan ukhrawi kita.


     “Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

    Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.


    Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

No comments:

Post a Comment

komen anda begitu berharga~ ^__^