24 January 2012

sekarang ni tema drama kahwin paksa ea?

Assalamualaikum,

puas saya cari idea nak update blog. akhirnyaaa terkeluar juga satu idea. kritik2..ok saya bukan nak kritik drama ye tapi cuma nak mencari perbezaan dalam ketiga-tiga drama yang tengah HOT sekarang ni. rasanya tahun ni saya nak nobatkan tahun ADAPTASI NOVEL KE DRAMA. boleh tak?

bagi saya lagi best cerita -cerita novel ni diadaptasi daripada buat-buat drama yang tak tentu arah. terdedah sana-terdedah sini. lagi-lagi kalau filem. sudah-sudahlah KONONnya nak memaparkan kisah benar hidup masyarakat MALAYSIA whatsoever. nak tunjuk yang negatif je. bagi saya bukannya masyarakat dapat kesedaran TAPI kesedapan.hahaha fikir sendiri yaaa.

ok tak nak ulas panjang-panjang nanti keluar paper pulak blog saya. susahhh aiii. drama yang palinggg-palinggg saya suka sekarang ialah GEMERSIK KALBU & VANILA COKLAT. kedua-dua drama ni pada mulanya saya tak eksaited lansung nak tengok. sebab kurang promosi la. tapi bila dah tengokkk. ouhhh nak tengok lagi..dan lagi. sebab menarik sgt! suka lakonan aqasha dan siapa nama mentor tuuu yang saya tahu amir je. haha. pandai mereka berlakon. thumbs up! 

seriuslyy saya boleh menangis masa mula-mula tengok gemersik kalbu. huhuhu. yelaaa time tunang ana meninggal tuuu.huhu feeling lebih woo.then now i love aqasha! sebab dia pandai berlakon nakal!! hehe.comell..malangyaaa sudah kahwin. huhu. =)

paling saya suka lagu obsesikuuu!! sukaa gilaa~





vanila coklat saya suka tengok lakonan izara aisyah yang semakin nampak natural berlakon, suka suara dia. suka bila dia marah.mmg menjadii.hehe. thumbs up!! nnti nak letak nama anak Zara. comel kan =)


ok, inilah drama yang paling saya tunggu...tunggu..tapi bila tengok rasa macam malas tengok daa..tak tengok pun xpe. baca novel lagi best ! =)
sekian, aktiviti membebel di malam hari. bila hari bertuah saya yee?? tungguuuuuu =)

p/s: semua kata-kata di atas adalah milik saya dan pandangan peribadi sahaja.

2 comments:

  1. gemersik kalbu tu agk sama lah dgn apa yg sy byg wk2 sy baca novel...tp bicara hati tak best lah drama dia....baca novel lg syok....as for vanila coklat...sy sgt SHUKE!!!!!!!!!

    usha en3 sy yang ni...

    http://cobaltchloride.blogspot.com/2012/01/ayu-raudhah-dan-aaron-aziz-jadi-pilihan.html

    ReplyDelete
  2. ermmm...cik yaya nama sy pun zara jgk hihihihihi ;p

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^