21 November 2011

hari pertama

Assalamualaikum,

seperti yang dijanjikan mulai hari ni saya nak tulis sikit-sikit la perjalanan diet saya. hahaha lawak kan. tapi kali ni memang dah bertekad baik sayangkan body dari sayangkan makanan. nanti dah kurus boleh la pakai baju cantik-cantik dan makan benda yang kita suka dengan kadar yang sesuai

sebenarnya bila badan saya gemuk saya rasa sangat rendah diri. dah la badan sedia rendah. gemuk pula sangat memalukan. bukan saya tak terima diri saya tapi saya yakin saya boleh berubah rasanya. sebab bila tengok ramai kat facebook gambar dari berat 110kg boleh turun hingga ke 60kg. bukankah itu satu perkara yang sangat menggembirakan bagi wanita yang berbadan mcm belon spt saya.

hehehe orang selalu cakap..alaaaa ko gemuk cantik xpe laa..masalahnyaaa gemuk! gemuk!!! saya tak suka gemuk. bila gemuk pakai baju apa pun tak kena. bak kata kumpulan jambu..apaaaa pun tak boleh! hehehe..sedih woooo menderita badan gemuk ni. tak besh lansung.

dulu saya pernah diet kaw-kaw tapi turun 7kg je. itupun tak nampak perubahan sangat pada badan saya. turun dari segi berat tapi bukan bentuk badan.huhu sedih gilaaa. tapi nak buat mcmane dah mmg dari kecil badan comel.

selalu saya ni azam tinggal azam. tapi kali ni saya kena kuat! sbb saya dah buat perjanjian dengan seseoranggg! heheheh apakah perjanjian itu biarlah rahsiaaaa..yang penting untuk kebaikan diri saya juga bukan untuk sesiapa.

orang huduh pun boleh cantik takkan la orang gemuk tak boleh kurus! hehehe.tak perlu lah pergi slimming centre bagaii...saya akan cuba kawal makan dan diet yang seimbang..siapa yang tak merasa gemuk mesti akan pandang rendah pada orang gemuk. tapi percayalah tiada siapa nak gemuk..no one

ok menu hari ni
sarapan - susu &oat
lunch     -ikan bakar & sup sayur
dinner   -buah

cukup lah kot..perut tak de masalah setakat ni..hehehe! chaiyok2!! kepada yang pernah berdiet kaw-kaw meh la share ngan saya cara korang diet..saya pun nak cantik mcm korang gak.

2 comments:

  1. Salam,
    Yaya my dear, Yaya dah cukup comel and cute di mata kak paah =)
    Jadikan aim untuk kurus kerana nak sihat okay, sebab nak jaga badan dan jasad yang Allah pinjamkan untuk kita..
    Niat dah lawa, mesti Allah tolong, insyaAllah..Yaya boleh!
    By the way, like i said, ur cute enough to melt the boys heart ;)

    ReplyDelete
  2. tapi ayah saya ckp makan buah malam2 nanti buah tu tukar jd gula. lau tak guna gula tu nanti jd lemak. ye la kottt.

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^