26 October 2011

tudung berjenama VS tudung replika

Assalamualaikum semua,

hari ni nak cakap pasal tudung laaaa..tudung..tudung..tudungg...its a trend and fashion.bagus la jugak kan wanita bertudung sekarang lebih kemas dan tidak ketinggalan zaman. kalau dulu-dulu zaman mak kita tak bertudung pun, siyess saya tengok gambar mak saya time sekolah tak bertudung pun, itu perkara biasa tapi itu ZAMAN DULU laaa..

sekarang ni keadaan semakin sensitif bila ada orang sibuk nak bandingkan antara wanita bertudung dan tak bertudung. pada pendapat saya tak perlulah kita nak bandingkan sebab belum tentu yang bertudung itu baik dan tak bertudung itu tidak baik. rasanya tak perlu dihujah panjang tentang ni sebab kang tak pasal-pasal belog comel i ni femess. hehe

saya bukan nak cerita pasal wanita bertudung ke tak bertudung, tapi saya nak cerita pasal tudung, ingat perfume je ke ada replika?ingat handbag gucci dan coach je ke ade replika?tudung pun ada replika jugak tauu..siapa tak kenal tudung fareeda, ariani, najjah dan pearl haya yang semakin disukai oleh wanita-wanita bertudung di luar sana?

najjah.

fareeda


pearl haya

disebabkan tudung-tudung yang berjenama itu terlalu mahal dan sesuai dengan kualitinya maka replika tudung-tudung ala pearl haya, ala fareeda, ala najjah pun wujud. salah ke ? salahhhhh ke??? meniru tetapppp salah..even make up sekali pun ada replika or tiruan tetappp salah. tapi salah pada undang-undanglah kan. kalau ikut kewangan si pembeli adalah tidak bersalah kot.orang kurang berkemampuan pun nak bergaya jugak kann :)

sebenarnya nak membeli tudung ni ikut kemampuan, yang kurang berkemampuan terpaksa lah beli tudung yang ala-ala tu. walaupun ala tetap ada yang sampai RM 50 ke atas. jikalau nak dibandingkan dengan tudung berjenama yang berharga ratusan ringgit sehelai..mak aiiii tak sanggup saya nak beli, sebab saya masih pelajar. tak berbaloi kalau setakat nak pakai g kuliah hari-hari untuk dilanyak harga tudung sampai ratusan ringgit. baik saya pergi makan.

tudung ala FAREEDA


tudung ala PEARL HAYA

tapii kalau saya kaya dan berkemampuan sudah semestinyaaa saya akan beli sehelai dua juga kot. hehe kehendak bukanlah keperluan. pakai tudung bawal RM 10 pun dah kira tutup aurat. tutup dada settle.

pada pendapat saya tak salah tudung-tudung berjenama ini dijual. tak de masalah pun. sebab ia boleh membuatkan wanita lebih bergaya dan lebih sofistikated (maksudnyaaa pun saya tak tauuu..haha tapi bunyi macam sedapp je kan) HAHAHAHA

panjangnyaaa entri pasal tudung, ok rasanya dah cukup kot. so kesimpulanyaaa yang ada duit beli FAREEDA, yang takde duit beli ALA FAREEDA. asal pandai pakai pandai jaga eloklah tudung tu, yang penting TUTUP AURAT. bukan balut aurat.

p/s : kalau isu hak cipta ciplak tu saya tak masuk campur, itu hal pihak berkenaan, HEHEHE..all pictures saya guggle je, amik kat guugleee
                                                              

2 comments:

  1. amboi..mcm2 jenis tdung ade..cantik2^^

    ReplyDelete
  2. Tudung pearl haya murah? Cuba tgk facebook telekung travel sharzlin. Yg ratus2 dia jual 50 je

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^