26 October 2011

masalah sembelit? bersihkan usus?

Salam,

hari ini saya nak buka topik pasal kesihatan sikit. maklumlah perempuan kalau bab kesihatan memang paling penting la. eh laki pun sama penting. so kesihatan sangatlah penting. dalam banyak-banyak anggota badan korang kan. part mana yang paling banyak bekerja? siapa leh jawab? waaaaa dah macam cikgu sains la pulak. tapi ini soalan common la kan. perut la paling penat bekerja sebabnya kalau korang makan macam-macam perut yang kena simpan,kena proses, kena buanggg..kesiann perut.

so hari ini saya nak share satu benda yang memang besh! kalau sesiapa yang ada masalah pembuangan yang tidak lancar..haha, or rasa tak selesa dengan perut, tak buang berhari-hari ke. saya sangat suggestkn amik benda ni. memang terbaeekkk. minum kejap je after 20 minutes bergelodak la perut korang.

benda itu ialah PSYLLIUM HUSK ATAU DIKENALI SEBAGAI BERUS USUS, hehe


inilah rupa psyllium husk tuh.adik saya kata mcm ulat sampah. spoileddd je nak minum! haha


KEBAIKAN PSYLLIUM HUSK

1. Sejenis serat yang dhasilkan dari biji Plantgo Ovata yang boleh dijumpai di Eropah dan Afrika Utara
2. Bertindak sebagai berus usus. Ianya berfungsi bagi membersih dan menanggalkan kekotoran di sepanjang perut, usus kecil dan usus besar.
3. Bertindak sebagai prebiotik dalam saluran usus dan seterusnya membantu menyihatkan usus besar (kolon). Kolon yang sihat adalah kunci pertahanan bagi melawan patogen yang masuk ke dalam tubuh.
4. Membantu menurunkan berat badan.
5. Membantu menurunkan kolesterol LDL (kolestrol tidak baik).
6. Membantu mencegah batu hempedu yang berpunca daripada proses penghadaman yang tidak lancar.
7. Membantu mencegah sembelit.



banyak kebaikan minum psyllium husk ni kan. banyak cara leh minum pysillium husk ni ada yang minum dengan air masak camtu je, ada yang campur madu. tapi kalau cara saya, saya akan campurkan dengan sunquick, baru sedappp. just psyilium husk, air sejuk dan sunquick sikit. no need sugar ok.

lepas korang minum benda ni perut korang akan rasa bergelodak, means pysillum husk ni sedang bekerja laa..banyakkan minum air suam lepas minum benda ni.melancarkan lagi proses pembuangan tauu..perut akan rasa lebih ringan, dan bersih jee..pastu mesti lapar balik. hahahah.

saya beli jenama organic food harga dalam RM 12.90 rasanya. gambar dalam google tak de la pulak, yang ada jenama ni je.agak popular gak jenama ni.tapi tak pernah jumpa




ini pulak video berkenaan psyllium husk. nak bagi korang fahammm lagi kebaikan pysillium husk. 



ensem kan mamat ni. biasalahhh perempuann!

kesimpulanyaa sangat bagus kalau setiap orang amalkan benda ni at least seminggu sekali kalau malas pun sebab usus ni kena la bersih dari mcam-macam benda yang kita dah telan. kalau ada yang dah beli lepas baca entry ni kongsi la pengalaman korang lepas makan benda ni,. besh ke?hehehe..selamat membersihkan usus anda. 

5 comments:

  1. Bukan macam ulat sampah la..nampak cam kerepek pisang hancur.. :)

    ReplyDelete
  2. nice info! kena cari dulu lah ni

    ReplyDelete
  3. ooo akk pakai teh hijau je nak bersihkan usus , ni terbaru redianza , banyaknya produk akk makan sebanarnya.. nanti leh try ..

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^