31 May 2011

shawl cencalok weiii.. SHAWL PALING LATEST!

Assalamualaikum.

rasa malas gilaa nak update blog. tapi berlambak-lambak la pulak gambar. so nak tak nak share jugak la. hehe. haritu sebelum cuti semester aku jalan-jalan kat Dataran Pahlawan jap. nak beli cencalok nak bawak balik pahang. percaya tak? percayaalahhh..aku dah kena badi kawan aku la. dia sumpah aku makan makanan yang aku tak pernah makan sebelum ni.

so memang aku terkena la sumpahan dia. tak pernah-pernah makan cencalok. now aku addict dengan cencalok. so what! lisa surihani pun makan petai sepapan okay. hahaha.sedap woo cencalok. korang potong bawang,potong cili pastu perah sikit dengan asam limau. peerghh! makan dengan ikan goreng je pun dah masuyukkkk..kecur air liur aku tengah-tengah malam ni.

credit to google

aku suka cencalok yang macam ni. tak suka yang lama-lama. suka yang fresh-fresh lagi. erk aku pun tak tau sangat la pasal benda-benda ni tapi yang penting aku suka yang masih merah-merah la. aku sampai-sampai rumah je haritu terus buat cencalok. makan dengan nasi. yang part paling kelakar ialah cencalok tu meletup beb!! nasib baik aku bukak kat singki. hahahaha. mungkin panas sgt masa dalam bas kot. yelah dah melaka ke bentong. gila kau tak panas. hahahahaha. pengalaman...naseb baik tak meletup dalam bas. kalau tak nayaaa aku.

ok2 stop cerita pasal cencalok mmg tak habis la kalau cerita pasal benda ni. my fav kot. hahahaha!aku nak share dengan korang. mana tau ada yang nak belajar-belajar pakai selendang tu bolehlah beli selendang yang sudah makin murah dijual sekarang.RM 8 je. itupun ada yang jual RM 5. tapi shawl yang dijual RM 8 ni jenis-jenis shawl yang dijual selalunya RM 15. TAK PERCAYA??

tengok ni



dah makin murah selendang sekarang.yelah fashion terlalu update. kejap2 keluar shawl ropol-ropol pastu keluar shawl kilat-kilat pastu keluar lagi shawl macma-macam la.


tapi ni ada kat dataran pahlawan je la. 

aku tahu ada lagi tempat lain yang murah. dan mengenai tajuk entry hari ini iaitu shawl cencalok kira ada kena mengena la kan. mula-mula cerita pasal cencalok then cerita pasal shawl. bila digabungkan jadilah shawl cencalok!! HAHAHAHA

5 comments:

  1. Tak senonoh. Ingatkan cerita pasal cecalok tumpah ke meletup kat shawl ke apa. Rupanya hasil gabungan dua entri tajuk tu. haha :D

    ReplyDelete
  2. ingtkn ade shawl latest nama cencalok. hahah

    ReplyDelete
  3. mati2 ingat kan shawl tu nama cencalok . hahaha. dok trbyang gak apa rupa shawl tuu . HAHA ~

    ReplyDelete
  4. ish! ingatkan ada shawl jenis cencalok. hiks

    ReplyDelete
  5. laa....ingat ade shawl corak cencaluk..eksaited gak nk nengok tadi...huhu kat sini selendang dah jual rm 5 je...

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^