30 May 2011

REVIEW 3 - eyeliner mahal VS eyeliner murah !

Assalamualaikum,

alhamdulillah masih mampu menaip untuk review ke 3. esok lusa kita tak tahu kan. sebab ramai yang request untuk review eyeliner so aku pun ikut majoriti yeee. ada yang request untuk eyeshadow k kalau tak silap cik bintang rasanya. tapi maaf sangat2 sayang sebab memang tak reti menggunakan eyeshawdow. hehe. setakat tempek2 boleh la tak berseni lansung tangan ni. nanti orang ejek cm badut la ko ni. badut lagi reti pakai eyeshadow dan blusher. ahahha.

sebenarnya aku memang suka gila eyeliner tapi dulu-dulu la. sekarang ni entah napa malas gila nak melukis-lukis kat mata ni. prefer untuk pakai maskara  dengan contact lense je. dah perfect bagi aku. sebab aku ada masalah la kat mata ni. bila pakai eyeliner mesti berlapis2 kat mata ni. terus comot. kalau nak selamatkan mata ni kenalah pakai eyeshadow hitam. tu tips untuk diri aku la.

ok2 tanpa membuang masa. mari aku nak perkenalkan eye liner murah dahulu. eye liner ni memang tersangat murah RM 6.90 sahaja. bawah RM 10.00 ok! kualitinya takdelah teruk sangat. MAC tak ori la katakan. but bila pakai senang je smooth je. nak cuci pun tak susah.



mula-mula aku ingatkan tak besh pakai eyeliner gel ni. malas la nak beli yang silky girl tu. harga sampai RM 20.00 tapi kualiti sama je dengan MAC tak ori ni. itu pendapat aku la kan. haha kalau korang rasa eyeliner korang terbaik terpulang. setiap individu mempunyai citarasa masing-masing rite! 

brush pun tak banyak songeh, kalau tersalah lukis senang je nak repair just guna jari pun boleyyy..eyeliner ni kalau setakat nak keluar g pasar malam ke. kelas ke boleh la. untuk penggunaan yang terlalu lama tak suggest sgtlah sebab lama-lama hilang jugak. baik cakap jujur je kan.

ok2 kita berkenalan dengan eyeliner mahal pulak. ini merupakan eyeliner termahal aku pernah beli. hahaha mahal la bagi aku yang hidup sentiasa berbudget ni. EYE LINER MARY KAY -RM 39.90 kalau tak silap. sebab beli tahun lepas ni. satu lagi hadiah dari kak cpm sebab menang contest mata tak menawan.



bagi aku eyeliner ni terbaik. sebab sangat hitam, sangat pekat dan agak susah untuk dicuci sebab waterproff. itulah beza eyeliner murah dan mahal yaaa. kalau lepas cuci muka tu mesti mata mcm kung fu panda. hahaha. malas la nak letak gambar pakai eyeliner  tapi nanti korang tak percaya pulak eye liner ni besh!



ok inilah hasilnya pakai eyeliner mary kay, aku ingat lagi masa ni dah tengahari. panas terik kot. tapi eyeliner ni maintainnnn je ok. tp ade comot2 sikit je laaa.

OKAY !!! cukup untuk malam ini. any request lagi sila request. kalau nak share dengan yaya eyeliner yang korang pakai pun besh jugak. mana tau yaya boleh try pulak. sharing is caring rite??tentang contest tu yaya sedang fikirkan lagi nak buat contest ape. terima kasih atas respon dan sokongan korang semua. memang terbaiklah!! sayangggg u ollls .( nape gedik semacam ni? mcm lah ko blogger femes )

3 comments:

  1. aahahaa...truja lak nama cikbintang kt situ...hehehe....trima ksih.eh2 xpe2..wt psl eyeliner pon okey..sbb cikbintang suka pkai eyeliner yg bsh tu..ape nth org pggl..ahahaa..bkn pensil larh....sbb cm nmpk mata menawan dan lg besar..ehehe..ala2 arab pon ok ahaha

    ReplyDelete
  2. ohh, i pakai revlon..
    susah nak tanggal. betol2 waterproof..

    ReplyDelete
  3. Shag langsung tak reti dan tak boleh pakai eye liner. Sedih! =.='

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^