03 May 2011

kulit kayu manis bagus untuk kulit berjerawat. ^___^


Assalamualaikum,

hari ini aku rajin lagi update blog. memang terbaik la. ada je benda aku nak kongsi kan dengan korang. korang pernah tak dengar perkataan JERAWAT!! jerawat bagi aku cukup mendalam maknanya. peerrggghhh! bagi orang yang macam aku ni. yang dah menternak jerawat lebih kurang sepuluh tahun kat muka ni. dah faham sangat dengan asam garam jerawat ni. tapi tak jugak jumpa penyelesainya..kalau ada pun penyelesaianya hanya untuk sementara waktu. tak denyee kekal selama-lamanya. orang cakap jerawat akan kurang lepas kawin? wahhh!! betol kah? kalau betol aku nak gi masuk meminang dah ni. lekas skit hilang jerawat ni.

siapa yang mukanya tak pernah tumbuh jerawat mmg tak bertuah! peergh statement ganas. sebabnya korang tak betuah merasa pengalaman jerawat bernanah-nanah. picit depan cermin lepas tu meletup kena kat cermin. lepas tu lagi sebelum tidur tuh kutil-kutil lagi jerawat ni. part paling besh ialah bila korang rasa nak garas ngan kertas pasir je muka ni. masalahnya jerawat ni bukan tumbuh tak berganti-ganti. dia tumbuh berganti-ganti. tension!

serius jerawat suka naik time kita tertekan. time banyak kerja. time exam. time sedih pun dia naik. tak bagi chance lansung muka ni rileks2 skit ke. 

tapi sekarang ni selain aku gunakan VCO dan amalkan COLLAGEN aku suka benda-benda tradisional gak. contohnya aku buat kulit kayu manis ni macam scrub. perggh mmg besh bila discrubdengan kulitkayu manis. sangat pedihh wooo. aku campurkan dengan minyak zaitun bagi lembapkan kulit skit. bukan lembapkan otak ye. masa korang tenyeh2 kulit kayu manis tuh korang urut-urut la muka. memang jerawat akan kecut. parut semakin kurang. tapiiiiiiiiii ianya mengambil masa yang lama kalau tradisional ni. so kena la istiqamahhhhh menggunakan teknik tradisional ni. yang penting jangan malas-malas~

aku ada terbaca sati artikel berkenaan kulit kayu manis

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.
Berikut adalah kehebatan campuran madu asli dan kayu manis:


1. Jerawat 
Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran itu pada muka (bahagian yang ada jerawat) lakukan sebelum tidur. Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut. Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain itu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.


aku bagi satu je lah sebab topik utama aku jerawat kan sekarang. hehe

                                         
inilah kulit aku sekarang. masih ada parut-parut dan jerawat. tapi kurang la skit nak dibandingkan dengan dahulu. 

so apa lagi try la buat apa yang telah aku ajar. bagi yang muka berjerawat la. tapi aku nasihatkan lah kalau buat mask kulit kayu manis tuh cepat-cepat la duduk depan kipas yek.sebab muka korang akan rasa terbakarrr je. kulit kayu manis tgh bunuh jerawat lah tu kott! hahahaha~ khurafat!

nanti aku nak buat entry cara nak lentikkan bulu mata dengan VCO?? haaaa~



5 comments:

  1. thanx 4 the info..siyes jerawat buatkan sy ase rendah diri sesangat huhu

    ReplyDelete
  2. berkesan.. adik sy guna cara ni.. walaupun lmbat tapi ok la..

    ReplyDelete
  3. saya guna gak cara nie tapi dul la..mmg lmbat gila nak berkean tapi maut seh pedihn ya kna scrub nie..huhu

    ReplyDelete
  4. dear yaya..kamu pakai lens ape yek?korean punye ke?nice~

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^