31 May 2011

I like Nippon Paint because..


Assalamualaikum,

okay macam mana nak start eh. berdebar-debar je rasa hati ni. yelah entry ni untuk contest. hehe contest apa?? nanti aku bagitau ek.tapi mula-mula nak minta maf sebab tak mampu nak menaip dalam english. nanti kesian ada yang tak faham. maklumlah MUET band 3 je. huhu

pernah tak korang terfikir nak hias bilik tidur sendiri. nak beli perabot idaman korang, nak beli cat yang sesuai dengan citarasa korang. terutamanya cat nippon paint la. memang terbaekk ok! tapi  nak beli deko-deko yang cantik macam deko bersama eric. tuh.dulu masa tengok kat astro ria rasa nak hantar je gambar rumah ni. tapi tak layak sebab bukan area lembah kelang. hahahah duduk pahang lembah lembut. hahahah!

tapi serius sangat jeles bila mereka-mereka yang bertuah tu menang. dapat semua perabut baru. dapat langsir baru, cadar baru, katil baru. macam-macamlah baru. aku bila nak dapat semua tuh?? harammmmm..hahaha tak mungkinnyee dapat. jom2 layan video deko bersama eric jap !!! ambil mood jap.barulah boleh feeling-feeling make over RM 5000 gituuuu..dapat bobby flush toy pun dah bersyukur..hehe tapi tetap nak top 3! amin..nippon paint dengarlah rintihan hatiku ini.


ouhhhh jeles lagi. sebabnya memang perabot-perabot tuh faveret aku. huhu. warna putih. tapi warna cat nippon paint dalam video ni tak minat la. aku minat pink dan cream lembuttt je kan tapi mesti cat jenama nippon paint.barulah tahan lama dan cantik dan comel. nak english style lah konon. kalau dah melayu tu tetap lah melayu kan. tapi bilik cam omputih skit xpe kot. hahaha. 

cuba korang kira berapa kali si eric ni buat bunyi cicak dalam video ni. hahahaha jangan marah yaaa eric. nanti rambut takmo tumbuh baru tauuuu. =)tapi aku sangat adore dengan eric ni sebab dia hias simple tapi nampak elegan..yalah duit ada semua jalan maaaa..tade duit jalan matiii maaa. dan paling besh eric guna cat nippon paint tauuu!! lupakan yang lain...

meh aku nak share dgn korang masalah bilik aku sekarang. actually bilik ni bukanlah 100% milik aku. share gak ngan adik-adik lain. tapi selalunya kalau cuti sem aku akan duduk bilik ni la. hahaha yang lain lak kena merempat. tido lah bilik orang lain.i need privasi. tapi kalau time aku takde buatlah cm bilik sendiri pun aku tak kisah.


masalah pertama : LANGSIR
konon nak langsir ala-ala modern. tapi jarang sangat sampai matahari mencucuk-cucuk mata huhu.dinding tu guna cat nippon paint. sakit hati bila tak dapat pilih kaler yang disukai.

masalah 2 : KATIL
katil ni dah besh!tapi dapat katil idaman lagi besh. suke cadar yang kaler putih pun dah ok. tak perlu kaler2

masalah 3 : DRESSING TABLE
ini part paling lawak aku rasa. disebabkan terlalu obses dengan perabut warna putih. sampai meja ni yang asal berwarna coklat di cat warna putih. gila kan!! HAHAHAH. tapi bukan kerja aku. ayah aku yang tukang cat. jahat tol.

masalah 4 : ALMARI BAJU
aku takde masalah dengan almari ni. cuma tak kena tema dah bilik aku ni. kejap putih. kejap coklat.

masalah 5: MEJA STUDY
yang ni meja adik aku. tak pe. biar je la dalam bilik ni. 

masalah 6 : KARPET/ TIKAR
siyesss tak suka tikar. aku prefer karpet.lagi-lagi karpet berbulu warna putih atau pink. waaaa cantik gila 

masalah 7 : LAMPU
nak lampu warna yang oren-oren tuh.macam dalam video eric tuh.

secara keseluruhanya gambaran bilik aku. bukan tak suka cuma tak menepati citarasa. 

so aku nak story la sikit angan-angan mat jenin aku. kalau aku diberi peluang untuk renovate bilik aku sekarang. style apa yang aku inginkan. aku ni high taste sikit. tapi sedar duit tak de tuh. hehe. buat prinsip aku berangan tak perlu dibayar. cuma gunakan sedikit imaginasi anda!! yang pentinggg cat nak nippon paint pink lembutt giteww

lets start now~


aku suka sangat combination warna atas ni. sungguh lembut pink+ cream english style kan. kalau bilik pengantin pun nak macam ni je. baru romantikkkk wooo! ggrrr

dalam gambar ni. aku hanya nampak bunga tuh je. deco yang simple. teringin sangat-sangat. tapi nak kutip bunga kertas kat luar rumah nanti mak marah..huhuhu


dalam gambar ni pulak aku tengok katilnya. wahhh besh gila. tapi katil bawah ni lagi beshhh!!

seee. aku kalau dapat katil ni memang tido tak bangun-bangun la. barulah terasa nikmatnya tidur itu. bilalah nak merasa tidur katil beratapkan tiang empat kerat ni. teringinnnn..nak rasa macam cinderella. beauty and the beast. dan snow white. aku ni taraf beastt la!

kenapa dari tadi aku asik mention cat nippon paint je?? haaa nak tau cat nippon paint ni banyak kelebihanyaaaa , antaranya ialah

Kandungan:
  1. Bebas VOC ( Volatile Organic Compound ) voc ni adalah pencemar udara yang membahayakan alam sekitar dan kesihatan kita.MORE INFO ABOUT VOC HERE
  2. Bebas Amonia
  3. Tidak mengandung bahan – bahan berbahaya ( B3)
  4. Tidak Berbau
Memberikan hasil Akhir yang Indah, iaitu :
  1. Lebih dari 1000 pilihan warna
  2. Tahan lama
  3. Warna – warna lembut yang indah
  4. Dapat menutup retak
Memberikan Perlindungan yang Maksimum,iaitu :
  1. Tahan terhadap panas
  2. Dapat dicuci
  3. Tahan terhadap pengapuran dan warna tidak mudah luntur
  4. Anti Bakteria
Memberikan Nilai Tambah, iaitu :
  1. Mudah cara aplikasinya
  2. Pengenceran sampai 20% air
  3. Daya tutup yang sangat baik dan memberikan perlindungan yang sangat baik
  4. Tidak bermasalah semasa mengecat

SAYA SUKA NIPPON PAINT SEBAB......

aku suka nippon paint sebab dari website nippon paint kita dah boleh berangan-rangan nak bilik ala-ala apa. boleh dapat inspirasi daripada website ni. sukaaa!! 


Selain itu, cat nippon paint jugak mempunyai penerangan mengenai unsur-unsur warna. kat website ni kita boleh lihat kita unsur apa, apa kekuatan setiap warna. 



haaaa bukan itu sahaja.aku suka dengan cat nippon paint ni sebab dengan nippon paint kita boleh buat dinding kita jadi kreatif dan cantik. siap ada tutorial lagiiii tau. memang besh la guna cat nippon paint ni. kalau guna cat jenama lain memang takde tutotrial ni. nippon paint terbaik!

aku suka cat nippon paint ni sebab kita boleh pilih warna yang kita gemari. kat sini boleh la pilih kod cat yang kita suka. aku mcm dah jatuh cinta dengan trends sky the limit. untuk tahun 2011 je bermacam-macam trends yang nippon paint sediakan. besh gilaaa!!!

dan yangggg paling aku suka tentang nippon paint ialah si blobbies ni. haaiihh comel bangat seh!  lagi-lagi yang kaler pink tuh. comel kan. tak menang make over dapat sebijik blobbies ni pun jadilah..tapi nak room makeover gak. nak dua-dua. tamak boleh?? thanks nippon paint. i love u.

so dah memang terbukti 



saya suka nippon paint sebab cat nippon paint satu-satunya cat yang memberikan pengetahuan kepada saya mengenai pentingnya pemilihan cat yang betul-betul sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian yang  mengikut peredaran zaman. NIPPON PAINT terbaekk!

3 comments:

  1. wah cntiknya combination colour pink dgn cream tu, fav jugak tu.. masuk contest ye? good luck!! ^_^

    ReplyDelete
  2. Amboi! Masuk kontes ye sayam. Good Luck tau Cikgu Yaya. Menang jangan lupa Shag. Muappp~

    ReplyDelete
  3. wahh bestnyer..kalo cikbintang msuk pon kalo mng xbesh
    xde umah sdri skng..ahahaa
    umah ni sewa je renovate wtpe..kne tggu uma siap ler gamaknye =)

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^