13 March 2011

tips nak kilatkan kuku cara halal. hahahaha!

Assalamualaikum,

dah lama tak mengeTIPS kan. dulu-dulu masa muda-muda zaman belas-belas an rajeeenn je bagi TIPS. okay itu MENIPU! masa tu tak de belog ni lagi. masa awal 20-an la..sekarang ni dah 22 tahun eh 21 tahun lagi. selagi belum bulan doblas still 21 tahun!!

streamyx harini sangatlah super duper lembap nak upload gambar pun lembap so aku malas nk upload gambau. lembap sangat. tensiooonnnn jep.

okay-okay aku nak kongsi dengan korang semua tips nak kilatkan kuku cara yang halal. tak payah nak pakai pengilat-pengilat kuku bagaiiii nanti tak leh solat so kita pakai cara yang senang mudah simple. eh bukan sama ke? hahaha

so kawan-kawan boleh lakukan dimana-mana sahaja terutama di bilik air!! hehe tapi aku tahu 70% wanita sudah pernah lakukan cara ni masa remaja-remaja bila dah tua malas dah. hahaha. aku pun sama. eh aku remaja lagi whatt!

caranya ialah amik ubat gigi. tak kesah la jenama apa pun fresh n white ke...colgate ke...darlie keee..mukmin kee...safi ke....kodomo lion ke..hahahah. yang penting UBAT GIGI.

pastu amik sedikit letak kat kuku..pastu tenyeh2 dalam 5 minit. biar sampai jadi daki-daki eh bukan daki-daki alaaaa buat je lah tak reti nak terang.

then bilas dengan air!! kan senang..korang akan nampak kuku korang licinnnnnn je,,berkilat jeee... try la!

tips lagi. untuk kuku

kalau nak kuku sihat dan cantik seminggu sekali bolehlah rendam dalam air suam-suam dengan garam. then rendam kuku ngan jari dalam air tersebut selama 30minit! siap! wallah..

tips lagi untuk kuku



SILA POTONG KUKU UNTUK MENUNJUKKAN KEPERIBADIAN ANDA SEBAGAI SEORANG YANG PEMBERSIH. HIPOTESIS AKU SEMAKIN PANJANG KUKU SEMAKIN PENGOTOR ORANG TERSEBUT! YUCKS~

14 comments:

  1. masa saya kecik2 dulu..saya tak pulak guna cara ini...
    tapi saya nampak anak2 dara saya pun gunakan kaedah ini...kilat memancar2 gitu..

    ReplyDelete
  2. cik yaya, nabila ade tag akak...

    http://nabilashamsudin.blogspot.com/2011/03/show-me-your-bff-contest.html

    ReplyDelete
  3. lagi satu cik yaya....
    leh guna bawang putih juga..
    kasi tenyeh kat kuku kite then dia akan bekilat2..hee

    ReplyDelete
  4. tips tuk org yg nk buang taik kuku ader x?yucks~aritu npk mamak mengibas2kan roti canainyer dgn amat bgga dgan kuku yg tuuutt. .euwww!

    ReplyDelete
  5. haha, tapi lama kan nak tenyeh2 bagi kilat. haha ;)

    ReplyDelete
  6. kuku punyer pasal aku sanggup beli sedozen ubat gigi! hehehe...............

    ReplyDelete
  7. kebanyakan org2 mcm saya ni obses bela kuku panjang...diaorg pakai kutex atau nail polish utk kilat,cantik dan x nak bagi kuku tu kotor...bkn pengotor...dah ramai saya berkawan dgn budak2 yg obses dgn pengilat kuku ni..bersih je...diaorg pakai pengilat kuku jgk...bawak solat x lah...ada remover dia

    ReplyDelete
  8. Garam tu nak yg garam biasa atau ape ?

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^