18 February 2011

tips untuk blog anda masuk majalah remaja. WAJIB BACA UNTUK KEPENTINGAN BERSAMA!!!

comel kan ladybird ni



Assalamualaikum,

serioussssly sangat kepenatan. tak pernah rasa jumaat penat. disebabkan ada kursus kepegawaian tadi aku rasa macam takde mood je nak update blog. tapi time aku check email tadi ada seseorang yang email pada aku. dia tanya macam ni



hi yaya . anyway,congrate blog masuk dlm remaja. 
em,act elly tringin lah nk selitkan blog .dlm remaja tu
tp xtau cmne caranya. leh tlg bg tips x cmne yaya wt?


blog aku yang tereview dalam REMAJA

terima kasih kepada yang bertanya, tentang blog masuk majalah remaja tu senang je. tapi ikut luck juga tak semua blog yang memohon akan masuk majalah. dia akan pilih mengikut kesesuaian juga. dan bergantung pada nasib. ada yang pohon dua bulan tiga bulan baru masuk, ada yang pohon seminggu je terus dapat. tengok kualiti blog juga, kalau macam blog aku ni memang tak berkualiti. entah pape.

IKLAN : kalau nak beli inner ni email yaya ye,rm 15 je..dah tinggal beberapa warna je..


sambung balik....


sebenarnya aku tak tahu masa blog aku masuk majalah remaja. seriuslyy, masa mula-mula orang bagitahu pun aku terpinga-pinga. yeke? so disini bermakna kalau anda memohon untuk blog anda masuk majalah remaja kemungkinan pihak remaja tidak akan email kepada anda. so kena alert la ye.

cara-cara blog masuk majalah remaja. take note2!! penting

1) anda email kepada pihak majalah remaja, ini emailnya  nurul.nisa@karangkraf.com.my   
2) kemudian tulis la sedikit ttg blog anda, apa yang best, ada keistimewaan ke,dan jgn lupa bg url blog yaa
3) anda juga boleh email utk mintak blog yang anda sukai direview oleh pihak remaja ye. bukan blog anda je.

Rasanya itu je tipsnya kot. yang lainyaaa tengok luck anda lah. kalau dapat masuk tu mmg bertuah la sebab free review beb. dan terkenal la kejap, lepas tu tade pape pun. sekadar blog picisan balik. hahahaha!! macam blog aku. time masuk remaja berduyun-duyun komen tapi bila dah lama-lama HARAAMMMM..

temanya, kalau korang cantik, popular baru orang akan sentiasa melekat kat blog korang. tapi kalau macam muka aku yang jual VCO ni je asik pomot VCO tapi muka aku tak cantik-cantik tak guna jugak. yang penting aku dapat kongsi khasiat VCO dengan orang lain.

TENGOK TU!!! tak habis-habis promot VCO. hantu VCO betul..kalau nak beli leh email yaya ye at babygorjes@gmail.com



23 comments:

  1. kau memang sesuai jadi promoter sebab dalam entry ni ada 3 benda ko promote dalam 1 masa! hehehe. ;p

    ReplyDelete
  2. wah bestnye,, congrate cik yaya =)

    ReplyDelete
  3. @Wani
    thanks wani..walaupun dah lama sebenarnyaaa,.hehe

    ReplyDelete
  4. cik yaya yg hotzz n pemes skrg..hikhikhik..

    ReplyDelete
  5. okeh..
    thanks yaya..

    leh try nie..~

    ReplyDelete
  6. cik yaya masuk ramaje??? bulan ni punye kan??? perghh...kene beli nih.

    ReplyDelete
  7. memang ade bace haritu. kua skali ngan blog hanis zalikha, mravea, ngan irfan khairi. tuk bln jan kan? hohoo. jeles2!!

    ReplyDelete
  8. jom join contest lulu!

    http://magic-of-me.blogspot.com/2011/02/contest-design-your-eyes-superbly.html

    ReplyDelete
  9. @izryn halim

    eh xla dear, bulan januari arituh..huhu

    ReplyDelete
  10. @fairuz

    hehe..blog akulah paling picisan nk dibandingkan dgn dyorg semua

    ReplyDelete
  11. dia mesti amek gugurl theme blog nieh! tiba2 rasa nak anta gak...huhuhu~~~

    ReplyDelete
  12. taniah :)
    dah tgok kat majalh.
    cantik sgt ;)

    ReplyDelete
  13. thanx cik yaya sebab sudi kongsi tips, bukan senang orang nak kongsi tips macam nie untuk naik bersam-sama :)

    ReplyDelete
  14. wahh. tetiba mesej elly termasuk kat entri ini.haha.
    thnx yaya . elly nak try . harap2 blog elly direview

    ReplyDelete
  15. @.cik yaya. tips nie la sy cari selama nie.. cik yaya org pertama yg share sbb dah byk org sy tanya taw.. cik yaya mmg sporting

    ReplyDelete
  16. salam
    cam terasing plak masuk kat cni. sebab ramai geng pink.huhu

    Bom...Ohh...Bom

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^