03 February 2011

kalau nak cantik semua benda mesti fake!

Assalamualaikum,

mesti ada yang tersentap time baca tajuk aku kat atas tuh. aku pun sentap la jugak. sebab aku mengaku yang aku bukanlah orang yang natural beauty. defini natural beauty bagi aku ialah kalau muka kita memang dah sedia cun tanpa secalit mekap pun. tak payah berfoundation muka dah flawless gila. tak payah bermaskara. tak payah bereyeliner muka dah sedia WOOOwww! bila orang tengok mesti cakap 'eh mekappp tebal berapa inci entah' tapi realitinya dia tak pakai pape pun. sapu bedak pun tak. hadoii beshnya kalau dapat jadi wanita yang natural beauty ni. hehe.


orang cakap, kalau nak tengok perempuan tu cantik ke tak. tengok time dia bangun tidur, kalau time bangun tidur rupanya seram so dia mmg tak natural beauty la. hahahah termasuklah aku. kalau bangun tidur rambut dah macam hantu je. taik mata bertakung kat mata. air liur basi kerasss je kat bibir. hahaha. masyaAllah..sangat tak selera kalau laki aku tengok muka aku bangun tidur. hehe.

aku ada terbaca kat Woman Online Magazine tadi. dia cakap.
Good sleep is important for natural beauty. 

HAAAA!! yeke. jom tidur sekarang. hahaha. maksudnya kalau nak natural beauty tidur mestilah cukup. jangan terkurang dan jangan terlebih. terlebih pun tak baik jugak. macam aku. aku ngaku tidur sentiasa terlebih. tapi kalau balik hostel sentiasa terkurang. huhu. so kalau aku duduk rumah tu tak heran la bangun lewat. sejak azali aku suka bangun lewat. kecuali orang dah masuk meminang baru aku berubah. ITU PRINSIP AKU! kalau nak marah time sekarang. sikit pun tak terkesan kat aku. tidur itu nikmat..hahahahah

benda apa yang fake ye kalau nak cantik. trend sekarang yang aku tengok ialah

BULU MATA PALSU

credit to google

sekarang ni dah memang trend. kadang-adang orang tak perasan pun itu bulu mata yang betul atau palsu. sebab bulu mata tu nampak natural. aku tahu HARAM memakai bulu mata palsu. tapi makin HARAM makin itu yang jadi trend sekarang. PRINSIP aku, aku tahu yang mana salah dan aku takkan MENGHALALKAN apa yang HARAM . semua dah belajar agama kan. sendiri pakai. sendiri tanggung. sendiri ingat. orang lain takkan boleh mengubah diri kita right? hehe

CONTACT LENSE
credit to google

siapa tak nak mata mcam barbie doll kat atas ni kan. comel bebenorr. boolatt je biji mata. nak warna apa sekarang. macam-macam ada. nak pink, nak coklat, nak biru..semuanya ada. aku pun tak terlepas dari menggunakan benda ini. perempuan kalau dah nak nampak comel semua nak try kan. kalau mata sepet pun leh jadi besauuuu pakai contact lense. so tak payahlah nak risau-risau sekarang. barang kecantikan sekarang sah canggiih manggih. from the ugly duckling you can turns into princess. waaaa cakap omputih mak.mcam biasa yang HARAM tetap HARAM ye adik-adik..

kalau aku nak cerita semua banyak lah kan. so aku senaraikan je lah barang-barang yang boleh buat muka fake semulajadi. hahahah
credit to google

NOSE UP.
untuk membentuk hidung yang penyet-penyet macam ayam penyet tu. aku tak pernah la pakai. bersyukur je hidung kembang-kembang ni.

credit to google

BB cream
kalau kulit nak nampak flawless gila ,smooth jek. pakai la BB cream. dah macam-macam jenama sekarang ni. aku pun tak larat nak senaraikan.

credit to google
LIP MASK

mana-mana yang perempuan kat luar sana bibir dia semacam je gebunya. sebab pakai benda ni la. ahaha..leh mungill gituu bibir korang. tapi jangan terlampau mungil . macam dah kena geget semut je bengkaknyaa. hahaha

sebenarnya banyak gila produk-produk yang boleh buat muka nampak FAKE! tapi aku  mampu list kan yang ni jelah. nanti banyak-banyak korang lagi tersentap. aku pun sama. hahaha. so aku nak nasihatkan kepada LELAKI-LELAKI di luar sana. sebelum bernikah. check betul-betul muka awek kamu. FAKE ke tak. aku takut malam pertama dah kena cerai. hahahahah!!

TAPI ORANG CAKAP CINTA TAK MENGENAL PARAS RUPA..hurrmm betul ke? sila jawab sikit.

p/s: maaf kalau ada yang terasa. tapi inilah realiti. aku pun kadang-kadang FAKE! hahahaha!

14 comments:

  1. BB cream tu untuk apa?
    sy suka prinsip bangun lambat selagi org belum pinang tuh. eheheh

    ReplyDelete
  2. dgn duit je , semua akan jd chantek
    susah na cari yg asli

    ReplyDelete
  3. cik yaya, sy sgt10000 stuju ngn anda.
    perempuan skng dh ramey sgt yg cantek.
    kosmetik nk bg puteh melepak dh byk sgt.
    tempek2 sket jd ah gebu.
    mekap2 sket jd ah artis.hehe.
    hOnestly,sy bkn jenis yg suka mekap2.
    natural i2 indah. kn2? =)
    tp fitrah perempuan nk nmpk cntek kt mata org.
    pepOn,ati kna bg cntek dlu bru ckup pakej.hehe!

    ReplyDelete
  4. @husna

    bb cream tu macam foundation la..hehe bg kulit nmpak licinnnn jek

    ReplyDelete
  5. @:: fatin nashwah ::

    sangat la btul. huhu..semuanya dah fake sekarang. include me

    ReplyDelete
  6. Shag pakai contact lens je bila keluar. Secalit bedak pun tak sapu sebab kulit muka sgt sgt berminyak. kalau sapu bedak muka macam apa je jadi nya. haha :P

    Entri terbaru Shag : Surat tak rasmi untuk Nelly

    ReplyDelete
  7. wahh..mmg betul la.. sekarang cantik yang fake banyak..

    ReplyDelete
  8. how could to categorize me in condition i'm always sleep late at night? lol; kita pun muka seram kalau bangun tidur:) haha

    ReplyDelete
  9. org tak cantik pun kalo pandai mekap terus jd cantik kan.. :)

    ReplyDelete
  10. hahaahah betoi tuh skrg seme dah fake kan...tp xpe...kalo untuk kecantikan org tersayang tak salah kan...

    ReplyDelete
  11. saya sokong! skrg ni sume fake2 blaka.hehehe tapi xpe lah janji comel. one things that i like yang haram tetap haram dan jgan pulak nk halalkan.huhu

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^