13 January 2011

.tak lepas derma dara lagi..eh darah la!

Assalamualaikum,

tajuk hot gila kan. DERMA DARA EH DARAH LA.suka hati aku jek. kang tak pasal-pasal kena orang cari aku. tapi tak pelik pun sekarang ramai je penderma dara. hahahah lu fikirlah sendiri!!

pasal derma darah ni kali kedua aku tak lepas nak derma darah sebabnya hemoglobin tak lepas. dalam hati suka dalam sedih. hehe. suka jugak tak payah kena cucuk-cucuk. dalam hati sedih jugak sebab tak dapat menolong orang yang memerlukan. besh apa derma darah ni. bukanlah sebab pahala tapi bila ingatkan orang yang memerlukan darah kita di saat-saat genting tiba-tiba darah kita pula yang digunakan.

penyebab aku tak boleh nak derma darah ialah hemoglobin yang rendah. untuk derma darah 12.5 ke atas. aku 12.3 huhu. ni semua sebab tidur lewat semalam la. kalau tidur lewat sangat pun tak boleh sebenarnya.

ada orang cakap kalau derma darah nanti akan gemuk. tapi bila aku baca  artikel kat SINI tiada bukti yang mengatakan derma darah boleh menaikkan berat badan.

banyak kebaikan derma darah ni
  • boleh menghasilkan lebih banyak sel darah baru
  • meningkatkan taraf kesihatan penderma
  • dapat mengetahui penyakit korang yang terkini sebab kalau darah ada masalah akan diberitahu segera  leh pihak hospital.
ciri-ciri orang yang boleh menderma darah
  • berumur 18-65 tahun. Berat melebihi 45 kg
  • tahap hemoglobin sekurang-kurangnya 45kg
  • tidak menghadapi penyakit kronik
  • tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma
  • tidak mengambil antibiotik kecuali dengan kebenaran doktor
  • tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma

berinfo sungguh entry kalini. hehehe..jarang entri aku berinfo-info ni selalu merepek je. okay la yang mana-mana badan sihat tu sila lah derma darah anda. jangan kedekut nanti bila korang sakit time tu perlukan darah time tu lah darah habis. hahaha jahat gila mulut aku.

menderma darah adalah amalan mulia. dermalah darah...pesanan penaja

5 comments:

  1. dermalah darah kepada yang memerlukan............

    ReplyDelete
  2. dr dlu smpai skng..
    xley nk derma darah..
    tringin gler nk derma darah!!
    =(
    sbb yg xdpt dielakkn adlh..
    berat bdn xlbey dr 45kg!!!
    43 je plg berat!!huhu

    ReplyDelete
  3. Tipu je derma datah gemok. Tu sebab malas! Lepas tu, cakap pasal derma darah. Haha.

    Shag baru sekali derma. Kat TESCO Semenyih. Haha. Nak derma lagi tapi tak terserempak pulak aktivito derma darah time p jalan jalan.

    ReplyDelete
  4. muas da 5 kali derma darah,.xgemok pun,.ok la,.rase cam better setiap kali derma darah,.=)

    ReplyDelete
  5. I pun sama case macam u.2 kali hajat besar nak derma tapi ta layak! :(

    pasal kurang pekat darah hemoglobin tu.n btw, I punya kepeakatan pun 12.3, oh what a coincidence :)

    niat baik nak bersedekah terpaksa simpan dulu kan..? :D

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^