18 January 2011

resepi homemade pizza cheese hot dog

Assalamualaikum,

selamat malam puan-puan..harini cik yaya nak ajar korang resepi malas tapi simple dan sedap! tapi sedap bagi orang yang malas la. kalau rajin tuh dia beli kat patisfrance okay!! lagi super duper malas. idea nak buat entry ni datang masa aku terbaca entry LIYANA LUNIA HOTTT tu. hahaha..sebenarnya aku dah lama buat roti hotdog malas ni. masa cuti sem lagi. tapi tulah lupaaa jek nak buat entri pasal ni. tapi sebab you liyana i ada semangat sikit nak tayang resepi somot ni. haha

                                   
 bahan-bahan nak buat pizza cheese hot dog ni senang gila. meh belajar
 (lagi sekali hanya untuk orang kurang rajin)
  • roti gardenia
  • hot dog
  • cheesedale/parmesan
  • sos cili
  • mix vegetable
  • serbuk lada hitam 

sukatan ikut suka hati korang. rasa nak gemuk letak cheese banyak2..nak kurus letak serbuk lada hitam banyak2.hahahah
lepas tu korang campak2 je bahan2 tu atas roti gardenia. tak payah nk buat-buat roti. just beli roti gardebia yang gebu itu.
lepastuh bakar aku tak tahu berapa minit. agak2 cair jek cheese tuh..nampak cam garing sikit hot dog tu angkat la
then hidang, baca doa dan makan!!!



maaf lah kualiti gambar teruk sebab aku tade camera. tahun ni akan dibeli. siap lah!! aku tembak2 semua gambar. heheh.

SELAMAT MENCUBA!! 

p/s: kalau nak tempah harga RM10 SEKEPING. tak termasuk kos penghantaran..hahahaha sebab aku buat dengan penuh kasih sayang. (tipu je)

4 comments:

komen anda begitu berharga~ ^__^