23 January 2011

mintak dipermudahkan segalanya.

Assalamualaikum,

boleh tak kalau aku nak cakap aku ni superwoman? tapi bukanlah superwoman yang pakai panties kat luar macam superman tu..nonoonono sheksi tau. hahaha. jangan bayang macem-macem.

aku bukan apa. aku kena handle dua benda dalam satu masa. cuba korang bayangkan aku buat contest. aku kalau buat contest bukan main-main. aku save setiap gambar contestant dan slogan masing-masing. aku akan menilai berdasarkan dua benda tu je. so kena la kerja kuat sikit. save kat document kan. bayangkan sekarang dah lebih 50 orang yang join contest. alhamdulillah. aku akan cari yang terbaik dan layak untuk menang.

hal yang kedua aku handle ialah tempahan baju geng blog pink. gila kau. bukan senang nak cari yang sesuai dengan taste aku yang melampau-lampau ni. aku memang cerewet. tapi cerewet untuk kepuasan semua orang. tapi kalau tak puas hati gak dengan aku. aku mintak maaf aku bukan ada pekerja or kakitangan untuk handle email-email dan bakal mengepos nanti akulah juga. tapi aku tak kisah semua tu. demi geng blog pink aku sanggup. alhamdulillah setakat ni dah 20 orang yang tempah. aku harap tiada masalah. mintak dipermudahkan segalanya. harap sangat baju yang bakal dibuat tu mengikut citarasa aku. kalau tak jadi tak tahulah nak cakap camane. takut je

seriously, aku sangat takut bila baju tuh dah siap tak mengikut citarasa aku. yelah bukan duit aku. duit orang beb. huhu.so sama-samalah kita doa harap baju yang direka itu menjadi...aminnnnn.hehe

apa yang aku harapkan sekarang ialah minta Allah permudahkan segalanya. jangan ada yang tak berpuas hati. hidup ni banyak pilihan kan. kalau salah pilih habis lah.

wah!! dah macam tazkirah pulak aku ni. hahaha. dah jangan layan sangat kalau aku cakap benda-benda ni. sebab aku pun mereng. otak tak center.

selamat malam to all bloggers. semoga hari esok adalah hari permulaan yang menakjubkan!!!!

No comments:

Post a Comment

komen anda begitu berharga~ ^__^