10 January 2011

facebook akan ditutup 15 March 2011 yeke?

Assalamualaikum,

kalau dah nama blogger tu. tengah sibuk pun tetap nak update kan. korang semua tahu tak...yang facebook akan ditutup 15 March 2011 ni? ouh..yeke..rasa macam tak percaya je. memang la facebook ni macam- macam keburukanya tetapi pada pendapat aku la kan walaupun facebook ni dari sesetengah segi adalah tidak elok. contohnya

-membuang masa
-melalaikan
-memburuk-burukkan orang, contohnya buat fan page 'WE HATE CIK YAYA' contohhh..contohhh..hahah
-buat duit cara mudah
-gaduh laki bini pun nak update. hahaha

contoh-contoh kat atas memang aku akui aku tergolong gak kalau bab membuang masa tuh. tapi facebook ni banyak gak kebaikan contohnya

-mengeratkan silaturahim, contohnya kalau sepupu sepapat tuh, jarang bertegur tapi dalam fb sempoiiii..
-untuk bisnes peluang lebih besar la..senang nak cari pelanggan
-lebih banyak kegunaan berbanding tagged yang agak lucah dan myspace semua tuh.
-boleh buat group.
-kenal lebih ramai orang
-dapat shopping.
-jemputan kahwin..tunang...akikah..macam2 lagilah

Haaaa banyak kan kelebihan facebook. tapi janganlah cakap aku sokong mereka pulak. cuma aku rasa macam sesuatu yang agak sedih kalau facebook ditutup sebab kawan-kawan lama ramai kat facebook. mesti korang nak cakap eleh..hp kan ada..tapi lain..hp bukanya leh selalu update..

tapi aku tak kisahlah tutup ke tak sama je. hidup perlu diteruskan mesti akan ada sosial networking baru kan. ntah-ntah friendster,myspace,tagged akan mencapai zaman gemilang balik ke? hahhah..kita tengok jelah kan. sama ada benar atau tak FACEBOOK akan shut down.

p/s: korang suka ke tak facebook ditutup??

4 comments:

  1. tatau nak ckp suka ke idak, tp layan je lah mcm2 mana sekalipun...kalu tutup, agak haru jugak lah nak handle bisnes crochet gua...adeh...

    ReplyDelete
  2. ada yang akan merungut dan ada juga kebaikannya..

    berita facebook akan ditutup itu palsu..


    minta izin spam..
    baca entry ini facebook tidak akan ditutup pada 15 Mac

    ReplyDelete
  3. Ada dua berita kan. Satu cakap FB nak tutup. Satu lagi menafikan berita pertama. Persamaan berita tersebut adalah mereka tersebar melalui internet. Penulisan bukan percakapan. Jadi, tak boleh di buktikan kesahihannya. Kan? Kiki :P

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^