16 January 2011

8 perkara yang akan dibuat blogger baru

Assalamualaikum,

8 perkara yang akan aku ceritakan ini adalah benda yang pernah aku buat sendiri masa mual-mula aku buat blog. Semangat berblogging la katakana. Semua benda nak letak. Background pun asik berutkar-tukar. Kalau nak dibandingkan blog aku yang sekarang dengan yang dulu adalah sangat berbeza beb! Sangat super duper lain. Sebab dulu aku skema. Rasa nak gelak guling-guling kalau tgok rupa blog aku yang dulu. Tapi sekarang dah makin matang..dah tahun 2011 dah 22 tahun jadi blog pun semakin simple dan letak benda yang patut je yang penting isi entry kan!

Jom tengok 8 perkara yang aku lakukan dulu, dan sekarang memang takkan jumpa kat blog aku dah

Letak gambar adik beradik
-dulu masa mula-mula berblog aku letak semua gambar adik beradik aku beb. Hehe kesian korang tak leh tengok dah sekarang. Aku list kan la kat tepi blog dari ayah sampai la adik bongsu aku..heheh.bagi aku macam orang macam tak nak tahu je pasal adik beradik aku. So aku buang la..baik aku tengok sorang-sorang lagi bagus

Letak gambar teman lelaki
-kalau pasal ni aku rasa semua blogger perempuan mesti wajib letak ah. Nak tunjuk la yang si dia dah berpunya. Aku pun sama gak..hehe tapi sekarang tidak lagi..malas r nanti ada yang terpikat. Susah nokss~sebenarnya takot org ckp annoying jek

Letak lagu
-lagu pulak mesti wajib letak la. Kalau tak letak rasa bukan macam blog. Pastu ada isu hot beb pasal letak lagu dalam blog ni. Orang kata semak la. Bising la. Nak baca entry pun tade feel nanti. Tapi bagi aku terpulang pada individu la nak letak ke tak. Orang lain tak payah la nak bising-bising setiap orang ada citarasa sendiri kan. Hormati la hak individu,.chewahhh

Teks center
-pasal ni ada blogger pernah tegur aku. Kalau boleh entry tu biarlah macam perenggan, pendek-pendek dan senang dibaca .jangan panjang berjela-jela tak de titik. Pembaca pun manusia biasa. kalau letak tengah biarlah gambar je. Baru cantik tapi aku tak ingat la siapa yang tegur aku. Dan sampai sekarang aku tak pernah letak center. Sebab aku takut pembaca blog aku rimas dengan penulisan aku.

Linkwithin
-kepada sesiapa yang tak tahu tu linkwithin tu macam capaian untuk memudahkan pembaca blog membaca entry-entry lama. Bagi aku macam linkwithin ni tak membantu je, tapi menyemakkan adalah. Yelah nnti orang tak focus baca entry sibuk nak tengok linkwithin. So aku dengan bangganya telah membuang widget linkwithin tu. Tenang skit blog aku. Tapi kepada yang sedang guna tu terpulang. Itu pendapat aku jek. Hehe

Header comot
-cakap pasal header ni, header pun memainkan peranan penting gak untuk orang datang blog kita. Dulu aku ingat lagi buat header guna photoscape je. Kelakar je rasa . seriyess aku buat comot. Yelah aku bukan pakar ttg computer ni. Tapi sekarang ni tengah belajar-belajar adobe so terhasillah header ladybird kat atas tuh. Simple je. Tutorial yang senang. So aku ikutlah. Kalau nak advanced2 sila tempah je RM15..hahaha

Letak widget jam
-aku pun tak tahu la kenapa aku ni semangat sangat letak widget ni. Sedangkan tak member apa-apa kelebihan pun letak jam ni. Pembaca takkan tengoknya jam kat blog kita. Baik dia tgok jam kat laptop lagi bagus. Hahaha. Serius bila fikir-fikir balik sangatlah annoying blog aku.

List blog yang tidak aktif.
-Sampai sekarang aku akan membuang list-list blog yang kat tepi ni kalau tak aktif. Sebab aku nak baca entry terbaru bukan entry paling terlama dan tak terupdate. Hehe so kalau nak duduk kat blog list aku sila lah rajin-rajin update blog. Hehe. Dulu masa buat blog semua blog aku nak list kat tepi. Tapi sekarang tidak lagi. Hehe

SELESAI!! YAYYYY~
Aku rasa inilah entry terpanjang sepanjang aku berblog. Hahha. Karangan ni hanya untuk panduan bagi yang nak tahu kelebihan dan kekurangan widget-widget yang korang letak je. Bila aku fikir-fikir balik . blog yang sekarang la yang paling aku sayang dan aku suka. Heeh

Yang dulu pun aku sayang sebab kalau takde yang lama takkan la ada yang baru kan. Nak jadikan blog kita kemas kita hanya perlu memikirkan perlukan widget2 tersebut ada kat blog kita. Ada tak kelebihan kat pembaca. Kalau takde baiklah jangan letak. Sebab nanti Nampak semak

Entry ni jugak boleh jadi tips mengemaskan blog sebenarnya. Panduan untuk gaya blog yang comel!!

 p/s: entry cik yaya tak bayar bil broadband adalah penceroboh punya keje.hahahha

7 comments:

  1. wah...btol2...hehhehe
    cikbintang pown dlm proses nk
    kemaskn blog dan sebagainye ^_^

    ReplyDelete
  2. dulu masa first time berblogging.mengarut-ngarut entry yang i post kan.
    bila baca balik entry lama.adoi.apa yang aku mengarutkan ni? (-__-")

    ReplyDelete
  3. yewp..
    mood nk kc comel blog la
    tu, xpe, bagi mase kt dowg.. :)

    ReplyDelete
  4. i pun pernah buat macam gitu jugak dulu.. haha

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^