13 January 2011

.6 tekanan yang wanita hadapi untuk menjadi cantik.

Assalamualaikum,


selamat malam, dan malam jumaat..jeng..jeng..jeng..hahaha lucah-lucah. eh pesal pulak lucah. hantu pun kira lucah ke? hahaha. intro bagi korang mata segarrrr sikit.

tajuk pun dah cakap malasnyaaaaaa nak jaga muka, badan, semualah! maksudnya aku tujukan pada diri aku sendiri. kepayahan ingin menjadi seorang wanita yang sempurna dari segala hal. wahai kaum lelaki di luar sana...tahukah anda bahawa wanita mengalami tekanan untuk menjadi cantik. 

antara tekanan-tekanan yang wanita alami ialah
-masalah jerawat
-masalah berat badan
-masalah kulit
-masalah rambut
-masalah haid
-masalah lelaki

aku senaraikan 6 masalah yang wanita hadapi mengikut pengalaman aku sendiri la. hahha aku mengalami kesemua masalah tersebut. kan bahagia hidup ni kalau aku bebas dari masalah-masalah tu semua. penat menjadi wanita sebab nak kelihatan cantik.

contohnya masalah jerawat, aku mengalami sejak umur 10 tahun, bayangkan sekarang umur dah 22 tahun. masuk tahun ni 22 tahun. dah berapa tahun  muka aku ni diselubungi jerawat-jerawat malapetaka ni. orang cakap pemanis muka. tahi hidung kau pemanis muka. kalau jerawat ni cantik tak pe. tapi seram nyaahhh

masalah rambut pulak. haaaa aku ni ada masalah rambut gugur. yelah sape suruh asyik tukar shampooo..bila nak rasa gedik sikit guna sunsilk pink, kalau rasa nak macam baby pulak gatal g beli johnson, kalau rasa nak wanita sikit beli pantene. hahaha shampoo pun ada kelas-kelas tau. itu pendapat aku la..tak tahulah korang. sakit hati aku bila tengok rambut gugur banyak kat lantai. bukan apa aku malas nak menyapu je sebenarnya..aku sapu dia terbang2

masalah ketiga. masalah berat badan. masalah ni mmg 90% menganggu kehidupan aku. sebab apa? dalam otak aku ni asyik dok zikir-zikir bilalah ibu peri or pari-pari cinderella nak tukar kan au jadik kurus. aku teringin gilaaa nak tengok badan aku kurus. tapi tulah gen gemuk tu kuat dalam badan aku. so aku berusaha sedaya upaya mana yang termampu untuk mengumpul duit nanti pergi slim world sudah! penat nak diet..

masalah kulit. aku benci masalah kulit. bukan apa aku jeles tengok orang muka licin je. kulit badan licin je takde parut-parut . aku ni segala mak nenek parut semua ada. kat muka. kat dahi. kat dagu. kaki semua lah ada. bio oil pun tak membantu. menipu jek! aku rasa yang paling mujarab ialah kertas pasir untuk segala masalah kulit. ahahhhaah

masalah lelaki pulak...haaaa ni malas nak elobrate panjang-panjang, aku rasa macam perlu ke ada lelaki kat dunia ni?aku rasa makin hari makin jauhhhhh~

masalah haid ni pun malas ulas panjang-panjang sebab maluuuuu, hahahha gediks!

yayyy dah siap karangan aku. dari takde idea nak update terus berjela-jela aku taip .walaupun ntah pape aku harap korang boleh la kongsi dengan aku apa masalah korang sebagai perempuan? hahaha mana tau aku tak list lagi ke? masalah yang menarik ke? heheheh..




 

22 comments:

  1. ahahha..btol tu cik yaya
    cik bintang slalo je dpt tekanan
    mengenai rmbut yg gugur..huuu
    botak je r kn..hehehe

    ReplyDelete
  2. me ada masalah berat badan berlebihan . semua orang ada masalah yang bermacam macam . jadi kena cari lah jalan penyelesaian yang terbaik :)

    ReplyDelete
  3. masalah
    masalah
    masalah
    masalah
    masalah
    masalah
    pikir...pikir...pikir..pastu stress..tekanan darah pon naik.Org laki ada gak masalh ,tak pikir..pikir..pikir...sgt2 pon.Last2 pompuan2 yg byk masalah dn byk pikir ni nmpak lebih tua dr umurnya...
    moralnya:jgn pikir byk,jgn stress dan kawin laki lebih tua dari anda...

    ReplyDelete
  4. Jerawat jadi masalah utama Shag! Geram gila. Dulu hilang kejap. Masuk kolej, naik berkodi kodi sampai sekarang tak susut. Sebab, Felisa tak kuarkan produk dia dah. Tak tahu nak pakai produk apa. Sebab kulit amat sensetip! Argh~ Kira satu pakej masalah Shag. Jerawat + Kulit. Haha. Sebab kulit sensetip Shag tak boleh cuci muka dengan pencuci selain Felisa. Sebab tak cuci lah jerawat naik. Sedih~

    Entri terbaru Shag : Bukti pembaca tidak baca isi entri kita. Haih~

    ReplyDelete
  5. ke enam2 saya alami..yeahhh!! rox!! ;p

    ReplyDelete
  6. he,,he,,,
    btol tu cik yaya,,,
    finaz paling sokong sekali masalah
    -berat badan
    -rambut gugur,,,
    heheh,,,

    ReplyDelete
  7. Jadi marilah ramai2 para wanita makan jamu..baru wat entri sal jamu ni..
    hihi

    Jom sini,
    Cantik luar cantik dalam meh dengar sini

    ReplyDelete
  8. btol2..jd perempuan, mmg common la smua mslh2 tu..

    cheer!

    Talk of A Soul

    ReplyDelete
  9. btol2...jd perempuan mmg common la smua mslh2 tu...

    cheer!


    Talk of A Soul

    ReplyDelete
  10. tau xpe ^_^
    tapi kan, kite dah xd pakwe, so xbape nk jaga sgt muke nie, hohoho. rambut pon 1, even rmbt pendek pon gile bnyk gugur, haish~

    ReplyDelete
  11. @bungakuning .

    masalahnyaaa utk selesaikan masalah perlukan duit! hehe

    ReplyDelete
  12. @Piasara

    uik? kenapa kena kawen lelaki lebih tua?

    ReplyDelete
  13. @Shag
    huiiii berkodi2 jerawat? hehe seram...

    ReplyDelete
  14. @KizZ

    suka gak jamu.. tp jamu ape terbaik?

    ReplyDelete
  15. a'ah..stu sangat tue..!!
    penat jage macam2 c0z tk0wt xlakuuu..

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^