22 January 2011

5 tips mengharumkan bilik.

Assalamualaikum,

hidup ni kita tak pernah jangka apa yang akan terjadi kan. kalau ditakdirkan anda mendapat bilik yang berbau kurang enak jadi apa pun yang terjadi korang mesti berusaha bermacam-macam benda untuk mewangikan bilik tuh. samalah seperti aku. aku telah mengalaminya bukan salah aku tapi salah orang yang menguruskan pembahagian bilik . sampai laaaa ni aku tak puas hati dan aku harap orang itu akan mendapat balasan yang sesuai dengan perbuatanya, whoaaaa kejam gila kan aku. yes! aku memang kejam.

so tips yang boleh mengharumkan bilik korang ialah.

-sentiasa bukak aliran udara
maksud aku ialah tingkap dan pintu. veryy important okay! kalau korang tak bukak dua ni esok mesti kawan korang jumpa jenazah dalam bilik. hahahah.

-letak baju kotor di luar bilik
yang ni aku palinggggg pantang. kalau dah nama pun baju kotor so mestilah kotor dan berbau. kalau takde bau xpe. tapi kalau berbau masam,hapak dan memeningkan boleh menganggu emosi aku bebbb.



-beli pewangi bilik yang mahal
haaaa yang ni terpaksa aku syorkan yang mahal supaya tahan lama contohnya ambi put, glade, air wick tak payah kot sebab aku bau air wick macam bau 70 an punya rumah. tak wangi la. aku lebih suka bau buah-buahan yang lebih manis.febrezze adalah wajib! titik. sebab apa aku cakap jangan beli yang murah sebab, aku pernah beli yang murah tapi tak leh nak picit .jadi tak leh sembur la. bengkek tak? bengkek tak?

-sentiasa mop bilik setiap minggu
perkara ni memang aku buat selalu. tak pernah miss. every week bangun kul 11 ke 12 ke aku tetap akan mop bilik aku. lantaklah orang nak cakap aku pembersih tahap babun pun, yang penting bilik aku tiada bau.

-anginkan bantal dan segala benda atas katil
yelah kita tidur bukan perasan kalau paip kat mulut ni pecah kan. hahaha tengok2 dah berpeta dunia bantal. kalau ada bantal busuk lagiiii la digalakkan menjemur kat tempat panas ye. untuk mengurangkan bau ketidakenakkan bilik.

cukup dah 5 tips.anak siapalah rajin gila macam ni, bertuahnyeeee kalau kat rumah harammm aku nak buat. haha. tapi kat hostel rela dalam terpaksa. sendiri faham la kan. so kepada yang hidup bersama di hostel tu fikirlah perasaaan kawan anda. jangan pentingkan diri. pesanan aku ikhlas agar boleh hidup aman damai. aku akan berusaha mewangikan bilik aku 24 hours!

4 comments:

komen anda begitu berharga~ ^__^