28 December 2010

tak habis-habis dengan cerita hantu aku bosan weyy..

Assalamualaikum,

Di pagi yang indah ini, tinggal 5 hari lagi cuti semester aku, tension bila teringatkan melaka itu. bukan tak besh. besh sgt2. tapi ada la part yang tak besh.ok stop kat situ. aku nak cerita. sekarang ni korang perasan tak kalau bukak tv je mesti cerita hantu. bukan astro ria dah jadi tak ria sebab terlalu banyak cerita hantu. dah naik muak aku weyyy..

aku tak tahu la mentaliti pembuat-pembuat cerita kat malaysia ni. banyak lagi kot drama-drama yang boleh diketengahkan. kenapa perlu adanya cerita hantu tu? aku pelik perlu ke kita tahu tentang semua hantu yang ada di dunia ni.

rasanya siapa pasang astro memang dah hafal lah nama-nama hantu ni. hehe. yang terbaru dok hangat sekarang hantu kak limah balik rumah. huh aku tak tengok pun. malas. baik aku layan conan lagi bagus. hahaha. ada gak ilmu. kalau tengok cerita hantu macam aku yang kejap-kejap tutup mata apa jadahnya. haha

tapi serius la aku cakap. tolong lah kurangkan cerita-cerita hantu ni. kalau filem pun tak habis-habis cerita hantu. buat la cerita lain dari yang lain. ini dah cerita hantu lawak pulak. lansung takde feel. aku tahu aku tak pakar dalam mengkritik-ktitik filem ni. tapi aku dapat faham perasaan bila adik aku bukak tv je mesti dia mengamuk2. tak habis-habis cerita hantu. sampai ayah aku pun dah naik muak tengok tv. hahha.

cuba buat filem yang berinput. yang masukkan nilai-nilai kemasyarakatan. tapi janganlah nak tunjuk dunia realiti sangat sampai nak berlakon pun berkemban-kemban..what the fruit! tak perlu nak hidupkan watak sampai aksi yang konon macam hollywood tu. no need. kalau ada pengarah filem mana-mana baca sila take note ok..hahaha (mampus aku kena saman kang)

okay la ini rintihan hati dari seorang penggemar tengok televisyen kemudian menjadi anti tengok televisyen sebab banyak cerita merepek-repek sekarang. kalau mana yang sokong aku dipersilakan merintih sekali. hehehe.

8 comments:

  1. wat laa crita hangtuah ka...


    hahak

    ReplyDelete
  2. Tengoklah 2Alam hahaha!

    http://anwarsuran.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. suka cite hantu..wawawa tapi drama citer hantu xbest...filem punya best...daripada tgk filem lawak tapi xlawak,atau filem konon2 romantik tp xromantik,baik kita layan filem hantu..

    ReplyDelete
  4. hehehe.. bosan ke takot cik yaya... hehehe.. tp tu la, bnyak kot cite antu skang.. ngaaa

    ReplyDelete
  5. mgkn tu genre yg digemari oleh masyarakat skrg kot

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^