31 December 2010

.suka duka pahit manis masam masin tahun 2010.


Assalamualaikum.

tajuk dah macam ikan masak 3 rasa je ada masam, ada manis dan masin. memang aku saja buat tajun entah apa-apa sebab nak bagi lain sikit. aku teringin nak tuliskan semua kenangan manis dan pahit sepanjang tahun 2010. walaupun tak banyak yang berubah tapi ada la sikit-sikit yang berubah. hehe hidup kena ada perubahan kan

antara perubahan diri aku untuk tahun 2010 ini ialah

aku dah pandai menjahit...yayyy macam-macam jenis jahitan pulak tuh. memang kelas kemahiran asas untuk berdikari memang buat aku betul-betul berdikari. mana taknya sebelum ni apa-apa koyak je mesti 'makkkkkk!!! seluar akak koyak....tolong jahit..'sambil buat muka comel..hehe sememangnya aku sungguh bertuah dapat emak yang terror menjahit. tapi rupanya aku ada bakat terendamm jugak. cuma baru di perah. haha yelah subjek tu ada exam so memang aku perah-perah la tangan aku ni untuk belajar menjahit. haaa nak tengok hasil jahitan aku.kejap aku godek entri lama jap.
.
.
.
haaa inilah hasil kerja tangan tak berbedung aku

aku suka sangat hasil jahitan aku ni.walaupun comot tapi tetap suka!! 

perubahan diri yang kedua ialah aku dah reti pakai shawl sikit. lebih kemas berbanding dulu. yelah dulu aku takut gila nak pakai inner yang nampak muka boolat macam bola boling tuh. tapi now lihatlah gambar-gambar kat blog aku ni.semuanyaa booolat..booolat.hahha

perubahan yang ketiga ialah. ouh ini bukanlah nak cakap perubahan tetapi lebih kepada kenangan iaitu aku menang contest sebanyak dua kali masa berblog. rasanya sangat bertuah sebab hadiah semuanya menarik. rasanya tahun ni memang tahun luck aku lah. alhamdulillah dimurahkan rezeki. walaupun tak seberapa tapi aku sangat menghargainyaaa. sangat-sangat. kalau nak tahu aku menang pertandingan apa tengok kat tab menu PENCAPAIAN BLOG yee.

SEKARANG KITA KE KISAH DUKA PAHIT MASIN MASAM

sebenarnya tak adalah banyak sangat kisah duka aku. paling duka pun kalau duit takde. tapi aku paling teringat pasal laptop aku yang aku dah bela selama 3 tahun. telah rosak bulan disember ni. huh sakit woooooo sangat sedih sebab laptop tuh banyak berjasa dengan aku selama belajar 3 tahun. ni rupa laptop aku

                             

cantik je laptop ni aku jaga. tapi dah riwayat dia nak tamat tahun 2010 gaak. aku nak buat macamana terima je lah. tapi aku nak simpan latop ni. dah keje nanti aku nak repair balik. sayang wooo..dah la ada gambar aku dengan si muncit yang aku duk peram 3 tahun dalam tu. laptop ni tak banyak buat hal. tapi sekali dia buat hal habis terusss..hancur hatikuuuuu mengenang dikauuuu menjadi..ahh!! cukup.

aku rasa macam nak buat part 2 la suka duka pahit manis masin masam tahun 2010 ni. Ookay. the end PART 1.

p/s: aku tahu memang orang tak baca blog aku sampai nak buat part2..tapi aku nak buat jugak!



12 comments:

komen anda begitu berharga~ ^__^