30 December 2010

siapa kata PLUS SIZE tak boleh bergaya

Assalamualaikum,

sebelum mulakan entry aku nak ucapkan tahniah kepada pemain-pemain bola sepak Malaysia. anda memang hebat dan indonesia sila terima kekurangan anda. hahahaha. tapi irfan kamu hensem dan khairul fahmi yang tengah hot sekarang pun boleh la hensem jugak sebab apa aku cakap macam tu. sebab dia dah ada awek dan sudah tentu blog awek dia searang tengah melonjak naik dan tak lama lagi follower beribu riban. sila sedia ye awek khairul fahmi. hehehhe.

okay berkenaan dengan tajuk aku yang kat atas tu PLUS SIZE kan. hehe sebab apa aku buat entry pasal PLUS SIZE sebab aku pun plus plus size okay. aku bukan badan saiz M ke...S ke..aku up lagi. tadi aku pergilah survey2 baju kat butik plus size online kan. banyak gak butik-butik yang jual baju plus size ni. geram je aku tengok. tapi duit tengah tak de ni. tengok je lah. huhuhu

kalau nak diikutkan la sebenarnya orang yang berbadan plus size ni bukanya tak cantik. cantik! cuma kekurangn mereka di bahagian badan la. cuba kalau mereka body solid molid memang meletops la..tak caya? haaa korang tengok gambar-gambar bawah ni









see..mereka berani je berfesyen. so takkan la aku tak berani kan. aku dapat inspirasi la sikit lepas tgok mereka-mereka ni. eh bukan inspirasi nak pakai sexi-sexi macam kat atas ni. nak tayang benda-benda tu. aku cuma dapat inspirasi untuk lebih berfesyen. sebab banyak butik online yang jual baju-baju plus size yang cantik-cantik. antaranya


okay sebenarnya banyak lagi tapi tak terlarat la nak list semua. korang boleh cari kat kaki shopping banyak blogshop2 yang besh. nanti dapat elaun duduk depan laptop hadap benda-benda ni jelah. hahaha.

tapi.tapi tapi....

pada yang PLUS SIZE mcm aku ni. janganlah sebab ada baju plus size semua korang malas nak jaga badan. kena jugak jaga badan. aku ni kalau cuti sem memang mendadak dadak la naik berat badan. tapi siap lah! 1 januari 2011 je SAY NO TO NASI.HAHAHA.. nasi membahayakan kesihatan(dan2 time nilah bahaya)

aku bukan apa. aku cuma berpesan pada diri sendiri. takkan selama-lamanya nak badan PLUS SIZE kan. hidup kena ada perubahan. tapi perubahan tu entah bila aku pun tak tahu. hahaha. okay la aku harap kepada yang PLUS SIZE janganlah terlalu rendah diri. kita pun ada aset lagi berharga dari size biasa-biasa. so tingkatkan keyakinan anda dengan fesyen seiring dengan zaman dan sesuai dengan personaliti. jangan terlampau keterlaluan okay! heheh. peace

p/s: jangan terasa kepada yang PLUS SIZE. sebab AKU PUN PLUS SIZE!! OKAY. AKU VANGGA
 

4 comments:

  1. sama la kitaaa tapi saya tak mampu nak kata say no to nasik. haha!

    ReplyDelete
  2. nigella tuh skang da kurus skit.. :)

    ReplyDelete
  3. saya ponn....tapi ssh sgt nak say no to nasi..huhu klu nasi kurang pun sy tntu mkn ggit2 bskut or pape...aissshhhh sssh toll nk stop mkn nih ;)

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^