10 December 2010

.rahsia mata sihat cik yaya.(kali ini tak tipu)

all picture credit to mr google
Assalamualaikum.

saya baru je lepas bersauna di dalam rumah. memang best sebab boleh buat tidur lena dan di samping lemak-lemuk degil boleh la pecah sedikit. hahhaa buat pun jarang nak pecah lemak konon. chaiit! dalam rumah saya ada sauna so boleh la nak buat bila-bila masa. alaa sauna yang bergerak tuh. google la kalau nak beli. rasanya lagi berbaloi sebab kalau sekali bersauna dah berapa ringgit. kalau beli benda alah tu sepuluh kali buat pon free. haaa itu perancangan jangka panjang ayah saya demi anak-anak dan bini dia yang terlebih sihat.hahaha


                                      
haaa ni lah rupa sauna tuh. sebijik cam kat rumah aku..besh wooo macam stim ikan je

eh dah macam promot barang pulak. aku bukan nak cerita pasal sauna la..aku nak cerita pasal cara aku jaga kesihatan mata. yelah mata aku ni dah banyak terdedah dengan habuk-habuk ,pakai contact lense, pastu pakai eye liner la. maskara la. senang cerita mekap.hahaha.

selalu orang cakap nak jaga kesihatan mata gunalah krim malam..gunalah bebola yang boleh hilangkan eye bag..tapi bagi aku benda tuh sampingan jek. sebenarnya tade peruntukan la nak beli benda-benda tuh. aku ni kewangan teruk gak. bukanya orang senang. tapi...tapi...JANGAN INGAT TIADA DUIT TAK BOLEH CHANTEK!

sapa cakap? sapa? meh aku nak cili boh mulut dia. tak semestinya kena pakai barang-barang yang ada bahan kimia baru cantik. kita jangan lupa pada cara tradisional. haaaa yang bab ni mmg aku sangat suka. macam orang moden tapi sebenarnya aku ni tradisional orangnya.


rahsia nak mata sihat. dalam mata putih macam baby..nak tak? haaa kalau nak sila la baca sampai habis. cara tradisional yang aku maksudkan ialah menggunakan daun sireh. daun sireh ni banyak kegunaanya.jangan ingat time nak kahwin je baru nak cari daun sireh. lagi-lagi perempuan..daun sireh important tau..hahah.
cara nak guna daun sireh untuk mata sihat ialah


-cari dalam 10 helai daun sireh
-basuh bersih-bersih..buang segala habuk atau haiwan yang melekat
-kemudian ramas daun sireh dengan air bersih
-kemudian tapis dan ambil air ramasan tersebut
-rendam mata dalam air tersebut sambil kelip-kelip mata
-then bilas dengan air bersih

(tapi ingat..jangan lama-lama buat sekejap-sekejap sebab air ni akan menyebabkan mata kita pedih sedikit,tapi lepas korang buat tuh mata korang akan rasa segar dan akan putih mata tu cam baby..segala habuk yang tersedah masa diluar juga akan bersih.maka mata korang akan sihat la..cantik gitu...berseri-seri)

so selamat mencuba. habis dah pecah rahsia aku..hahaha..


 

3 comments:

  1. wei laa...terasa takut lak nak mencuba..hehe

    ReplyDelete
  2. rendam mata dlm air , cam takut pulakk haha :D

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^