27 November 2010

“Stop Child Abuse”

unicef

Setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita sedih di surat khabar. tidak sah kalau tiada berita tentang PENDERAAN KANAK-KANAK. Berita penderaan kanak-kanak seperti berita yang wajib ada. Kenapa masih ada manusia yang bersifat kejam? tiada hati perutkan mereka? 

segala jawapan hanya mereka yang tahu....

Definisi Penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh dikategorikan kepada penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian.



Berdasarkan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun. Bagi tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh Negara

adakah anda mahu suatu hari nanti anak anda yang akan keluar muka depan berita harian? metro? utusan? atau berita tv3? jikalau anda sanggup melihat darah daging anda mendapat nasib yang sama seperti adik 







sanggupkah anda melihat kanak-kanak lain menjadi mangsa.!! saya tidak sanggup kerana merekalah bakal pemimpin negara dan bangsa. berikanlah mereka peluang untuk hidup bebas di negara sendiri. Jadi sama-samalah kita sokong kempen 


video
   ini satu contoh video kekejaman pengasuh pada kanak-kanak



jika anda lebih prihatin tetapi tidak tahu bagaimana nak melaporkan kes penderaan. senang saja anda perlulah

  • Talian telefon Teledera: 1 800 88 3040
  • Melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan tempat tinggal pelapor
  • Melaporkan kepada mana-mana balai polis / Pondok Polis yang berhampiran
  • Mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak / Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan
  • Merujuk terus ke hospital yang berhampiran


SETIAP KANAK-KANAK BERHAK HIDUP BAHAGIA DAN MENDAPAT KASIH SAYANG YANG SEMPURNA




1 comment:

komen anda begitu berharga~ ^__^