14 November 2010

" Our true love story {CST PRODUCTION}"

 salam

PESANAN PENAJA : ENTRY NI MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR YANG TAK BOLEH NAK DITAFSIRKAN.TETAPI MOOD SEDIH TAK BANYAK DIPAPARKAN. YANG ADA HANYA SEBUAH CERITA YANG PENUH DENGAN EMOSI..CERITA INI ADALAH U IAITU UNTUK TONTONAN UMUM....

dari mana nak mula cerita eh? ermm dari mula lah kan. takkan dari akhir. hahaha. cerita cinta kami simple jek tapi cabaran yang agak besar la. haaa nak tau cerita kami kenalah baca dari mula sampai akhir tapi janjiii...janjjii tutup mulut jangan ternganga..nanti masuk lalat sapa susah? cik yaya jugak.

SESI PERKENALAN

bermulalah kisah chinta saya dengan enol pada 12/11/2007..baru masuk belajar kot dah gatal nk bercinta. eh suka hatilah cinta hadir tanpa diundang beb. memang lah  tak diundang sebab saya yang tersalah hantar sms..hehe shhh rahsia kita-kita je. tapi masalahnye saya hantar sms tu bukanlah kat enol tapi kat kawan enol. si kawan enol ni jenis tak melayan pulak so dia pass nombor telefon saya kat si enol.

 haaa faham tak sampai sini? kalau tak faham baca dari mula balik. hahaha.

lepas tuh si enol ni balas balik sms saya..so bla..bla..bla..saya tersuka la pulak. sebab dah dua2 gatal. dua2 single so jalan je la. buat ape buang masa kan. masa itu emas la.  nak buang2 pulak. ingat kaya ke? kalau kaya tadenye saya buat entri semata-mata nak dpt wat short story free dari CST PRODUCTION. hehe..bodek lah ni

ok2 terlalu banyak iklan mesti akan menghilangkan feel nak membaca kan. so mulai dari sekarang saya bercerita serius..tutup mulut balik..ternganga jek

bila dah balas-balas msg tuh..dapatlah tahu dia ni budak ALAM? huh budak ALAM..tak sukaaa sebabnye dulu pernah naik bus sorang budak ALAM tuh panggil saya kakak? huh tak sesuai okay. dah muda remaja sesuka hati jek panggil saya kakak..tapi si enol ni macam baik jek, caring dan mengade2..so 25 November 2007 kteorang pun declare la jadi couple.hmm talk about declare..nothing special masa declare tu sebab guna sms jek so tak romantik lansung. huh. tapi kita kena terima pasangan kita seadanya kannn..kan..kann..

CABARAN & DUGAAN

bermula lah episod suka duka mak enon setelah bergelar kepada awek budak ALAM...perkara pertama sekali yang perlu saya tempuhi ialah ketika dia praktikal. susah la nak jumpa couple macam saya ni, tapi ramai jek. cuma jrang-jarang hokay. dia praktikal bukan macam budak-budak lain. tapi dia praktikal berlayar..you know sailing..huhu setahun. setahun saya menunggu..tapi tak de lah setahun terus menerus..dalam setahun tu 3 bulan dia turun..pastu naik...pastu 3 bulan lagi turun..pastu naik for 6 bulan..then baru turun terus..

agak-agak korang lah. ada ke perempuan yang sanggup nak tunggu teman lelaki dia berlayar cmtuh? may b ade tetapi seperti yang saya katakan tadi jarang-jarang. dalam masa setahun tuh nak kira berapa bijik air mata saya ni jatuh tak tahu lah..kalau kira sepanjang sungai nil kot. terpanjang di dunia. huhu. tapi bila dah nangis tuh muhasabah diri balik.. Tuhan dah tentukan pasangan masing-masing. kita kena terima seadanya..susah senang pasti ada hikmahnya yang hanya kami dapat rasai.

nak tahu apa hikmahnya?jeng..jeng..jeng..

HIKMAHNYA

setiap kali dia turun kapal je saya rasa seperti baru dating pertama kali. syok wooo malu-malu mak nenek kambing semua adalah..hahha.nk jumpa pun nak main sorok2..gedik kan,..lepas tuh hikmahnya lagi. barulah dapat teddy bear besar pengganti si enol untuk dipeluk malam-malam..kalau nangis pun kat si moci-moci tu jelah.. oopss lupa nak perkenalkan teddy bear saya diberi nama moci-moci. jgn gelak eh! geget kang

hikmah lain ialah perasaan cinta tu semakin hari semakin membuak2 macam perut yang bila makan mcd dah penuh perut. tu la perasaannyee..sekali jumpa si enol fesyen lain...sekali jumpe saya fesyen lain..yang tak membezakan kteorang ialah saiz badan ala-ala big mac mc d tuh..tetap maintain..saya ni masalahnya bukan makin rindu makin kurus tapi makin rindu makin mantap. huhu.tu hikmah yang sukar diterima la.

cukuplah tu pasal hikmah-hikmahnye..sekarang nak cerita pasal bab angin monsun timur laut. dalam bahasa jawanya ialah pergaduhan antara uda dan dara

GADUH-GADUH MANJA

kalau bab gaduh ni kteorang ni tak lah dasyat sgt...tapi kteorang ade rule. the rule is nak merajuk or nak marah segala mak nenek tak boleh lebih dari 24 jam. kalau lebih siaplah!.hehe so selalunya kalau saya merajuk mmg xleh lama la..huhu..kena kawal je emosi ni.kalau lebih 24 jam karang menjanda i tau..

pernah haritu gaduh pasal something..hehe adelah xleh bg tau sebab mmg salah saya..malu lah..kalau salah enol saya cakap eh. disebabkan pergaduhan itu. ais krim mc flurry enol buang..huhu sebab tension sgt dengan sikap saya masa tuh.muka dah macam tempoyak time tuh. tunggu nk meletup je..nak nangis tahan je lah..kesian ais krim tuh..pergi buang wt pe? bg la saya..terliur je time tgok ais krim tu terjun ke longkang.

ade lagi gaduh..besh woo gaduh ni. pasal nak beli abc jek. nak beli abc air batu campur pun boleh gaduh. masa tuh saya dan enol baru balik dari negeri masing-masing dia dari jb ke melaka, then saya dari pahang ke melaka. so kteorang kalau setiap kali balik melaka je mesti jumpe dulu. perjumpaan wajib la katakan. dah penat-penat saya beli makanan. dia tak nak makan pulak..nak abc..so saya cakap la pergi lah beli..pastu dia suruh saya belikan..saya ni tak sempat nak jamah pape pergi la jugak beli..then bila dah beli dia tak nak makan pulak abc tu .kalau korang bengkek tak? haaa terjadilah telenovela di amore kat situ..saya terus makan..makan...dan xlyn dia lansung smpai nak balik. huhu.tak kuase saya nak pujuk. geram-geram.....

perasan tak kalau kteorang bergaduh je mesti ada makanan..hahaha layan je lah makanan-makanan tuh.

cukuplah pasal gaduh-gaduh tak besh la. huh spoil mood saya nak bercerita. sekarang nak cerita satu rahsia pasal kteorang. hehehe..fakta ni mmg korang takkan tahu kat mana-mana .hehehe faktanya ialah sepanjang nak masuk 3 tahun iaitu 25 november 2010 ni kteorang tak pernah dating naik kereta...kteorang dating naik bus je. alaaa town bus kat melaka dan panorama. haaaa sentimental value tu beb..dah nak 3 tahun barulah saya perasan. sebabnya kteorang ni bukan la orang senang. sederhana jek dua2 tade kereta. so naik bus lagi besh sebab dia boleh pandang muka saya dan saya pun leh pandang muka dia. kalau dia bwk keta pandang muka saya habislah..mmg ke hospital la dating.

FAKTA-FAKTA MENARIK 

satu lagi fakta yang baru saya teringat ialah si enol ni pernah buat kerja gila iaitu sebaik sahaja dia turun kapal kat kemaman terus dia cakap nak jumpa saya. saya pun macam terkejut la..biau betul. nak datang rumah beb..sapa tak cuak..nak mati ape. saya mmg tak pernah bwk lelaki kerumah. tapi dia dah beria-ria datang saya pun dengan dup dap dup dap jantung ni tanyalah mak..leh tak enol datang..pastu si mak suh tanya ayah lak..tak berani la..senyap je lah..pastu ayah panggil..betul ke si enol nak datang? pastu saya cakap la ye..boleh tak? then ayah cakap datang je lah..buktinya mak dan ayah saya terima enol ialah bila mak tanya makanan kegemaran enol ape..iaitu ikan patin masak tempoyak.sanggup pergi beli tuh..waaaa suke2..

ade lagi fakta lain..selalu kalau dari kemaman ke bentong mahu berjam2 gak kan..tapi si enol ni smpai tak sampai berjam2 dalam 2 jam dia cakap dah sampai bentong. then omaigod saya terkejut lah. naik roket ke budak ni? then saya korek2 rupanya dia naik teksi..peeergh rm 500 melayang..gila ke budak ni.mmg sewel la wa cakap..rm 500 baik bg saya pergi shopping lagi bagus..kalau naik bus tak smpai rm100 pun. uhuhu..tapi nak buat macam mane dah dia sayang sangat kat puteri gunung tahan ni..terpaksa la..rindu dendam dah tak tertahan nak menatap wajah puteri gunung tahan ni..hahaha..ayah saya terkejut bila dengar dia naik teksi tuh then siap kena perli..tak tahan sgt ke? hahhaha fhm2 sendiri sudaa...waaaa merah idung saya..

fakta lagi enol muda setahun dari saya..saya tahun 1989..dia 1990..so ada masalah ke? tapi dia nmpak tua kan..kan...!! katakan yaaaa

fakta ni paling comel kot. enol pujuk saya dengan air ribena. ingat saya budak-budak ke? (dalam hati dah bertaman-taman sebenarnya) hahaha

harapan saya  hanya satu iaitu saya harap hubungan kami akan mencapai satu tahap ke satu tahap sehingga tahap dimana hanya ajal yang memisahkan kami berdua.

rasanya dah cukup pasal cerita kami ni. karang tulis banyak-banyak berpinar mata kan. so saya nak hidangkan gambar2 terbaik dari ladang pak samadon

nilah dating paling terlatest

kami mmg suka tangkap gambar merosakkan gambar

setiap 25 hb saya akan buat satu entri khas untuk enol dan saya kat blog ni..nak baca?


ni gambar masa buka puasa kat mcd 



ni gmbar masa berwebcam time dia atas kapal..ni jelah penghubung kami masa setahun

ni pun sama time webcam. comel kan dia. hahaha 

ni gambar candid..kami tangkap sendiri sgt lawak.sebenarnya enol tak lepas naik basikal tuh.sebab tu saya gelak jaat.

rasa macam nak join je contest ni kan. nak tak? haaa klik sini.. CST PRODUCTION tapi janganlah reka cerita lagi vogue dari saya..kalahlah saya.. huhuhu baru berangan nak shoot kan area melaka..hahaha 

so segalanya telah diluahkan dalam entri ini. semua dah dapat tahu cerita cinta saya yang selama ini saya jerukkan dalam hari saya. diharapkan pihak CST  PRODUCTION tabah ketika membaca cerita tahap UPSR saya ni. sekian......


 

12 comments:

  1. gadus2 tu mmg kmestian kan?

    both of u sweet

    ReplyDelete
  2. sweet, comelnyee, indah tgk u all bercinta, bertuah :)

    btw, salam p'kenalan ^^

    ReplyDelete
  3. cik yaya: comel gambar2 tu....:)

    p/s: Salam perkenalan dari saya.....AZZEY......

    ReplyDelete
  4. olololololo..comey nyer korang nihhhhh

    ReplyDelete
  5. nice luv story...
    follow me ya...
    i da f0llow u

    ReplyDelete
  6. awww!! so sweet cite sms! hehehe :)

    oh sorry tak kasi salam. ;p

    assalamualaikum tuan rumah,

    just to let u know that ministry of moment pun tgh buat contest. winner gets a photography package worth RM2,000. Jemput join ya? Contest details di blog roe :)

    All the best with the CST contest ;)

    ReplyDelete
  7. awww!! so sweet cite sms! hehehe :)

    oh sorry tak kasi salam. ;p

    assalamualaikum tuan rumah,

    just to let u know that ministry of moment pun tgh buat contest. winner gets a photography package worth RM2,000. Jemput join ya? Contest details di blog roe :)

    All the best with the CST contest ;)

    ReplyDelete
  8. thanks semua for da comment. really menghargai..sayang korang!

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^