20 November 2010

.makan pisang menggemukkan.

 salam

kalau dah cuti ni entri berkenaan makanan jelah cik yaya ni. tade cerita lain. sebab kalau cerita pasal kehidupan mesti cerita pasal makan tido..makan tidoo..malas mandi..hehehe..

hari ni teringin nak tulis pasal pisang sebab. dulu pernah ada seorang kawan cerita. dia takut nak makan pisang sebab pisang ni boleh menggemukkan. sebab dulu dia nak masuk pertandingan silat. berta dia tak cukup then dia makan la pisang banyak-banyak lepas tu berat dia naik sekilo dalam sehari jek. erk boleh percaya ke eh? lepas tu dia cakap dia letak benda-benda berat dalam poket dia bagi berat dia bertambah. dia letak mangga yang kunci tu kot. so bila saya fikir-fikir balik..pisang tu tak beri effect kot. hurrmmm ntahlah. so saya google la jap kat internet nak cari kesahihan. terbukti kat sini

fakta dan kekarutan mengenai makanan :

Karut: Pisang ''menggemukkan'' dan tidak boleh dimakan apabila kita mengamalkan makanan rendah kalori.


Fakta: Pisang tidak mengandungi lemak tetapi mempunyai karbohidrat yang tinggi. Sedikit pisang adalah bersamaan dengan satu sajian buah-buahan lain.



selain itu saya cari gak dekat senarai makanan dan hikmahnya dalam islam

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.



pisang juga boleh buat masker untuk muka sebab ianya boleh

  • menghilangkan kedut
  • mencerahkan wajah
  • mencegah penuaan
  • menjaga kelembapan kulit



masyaallah..banyaknya kelebihan pisang ni. memang setiap kejadian Allah banyak kelebihan dan kegunaanya..


okay cara nak buat masker pisang pulak senang je mula-mula cari pisang yang dah masak. campur dengan sedikit madu. kemudian sapukan pada wajah buat macam masker dalam 15-20 minit. then bolehlah basuh. mesti muka rasa segar. 




INFO MENARIK dan saya baru terbaca dan nak sangat berkongsi dengan kawan-kawan semua.


 Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".


 

9 comments:

  1. nice info, cik yaya.
    nak pergi buat masker pisang sekarang juga!hehe

    ReplyDelete
  2. wah..ty utk info ni.aku ni dah la kurus,hope bley ler berisi sikit.heheheh

    ReplyDelete
  3. pasni i nak beli pisang byk2..huhu..patut pun i denga, atlit bola sepak EPL makan pisang sblm game..byk carb rupenye..

    ReplyDelete
  4. betol :)
    sy penah dgr psl nih :)

    jom tgk belog sy dan follow kalau sudi (sempat promote plak..hehe)

    ReplyDelete
  5. cik yaya: pisang ni tinggi karbohidrat kannn....

    ReplyDelete
  6. nice info.. thanks.. sdg makan pisang la skrg ni .. lol

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^