29 November 2010

.DIY from jeans to inner

PERINGATAN : ENTRY INI DIPENUHI DENGAN GAMBAR-GAMBAR ,SILA SABAR DAN SCROLL SAMPAI HABIS. DAN PLEASE BG KOMEN SIKIT. SUKA KE TAK DIY NI?

Salam
sempena mata aku yang macam burung hantu ni tak mengantuk ini. dengan bangganyaaa!! aku nak tunjuk satu benda yang amat special. sebab ini kali pertama tau aku mereka-reka benda. otak aku kadang-kadang ligat gak berfikir benda-benda pelik. eleh bukan pelik sgt pun benda dah ada cuma inovasikan sikit jek. rasanya tak de orang buat lagi. tapi tak tahu la kalau aku sorang je jakun. hahaha. peduli apa yang penting masa aku buat benda ni mmg idea datang time aku tengah mandi. hahaha.boleh pulak kan.

presented to you! DIY FROM JEANS TO INNER!

okay lebih-lebih pulakkan. kalau nak ikut gaya aku ni kenalah cari seluar2 jeans korang yang lama tuh. atau jaket jeans yang agak-agak dah menyampah tengok tuh. tak pun seluar jeans yang dah melambak-melambak zaman tok nenek dulu lagi pakai. kalau rasa dah tak suka janganlaahhhh buang..membazir.. kita kena kreatif. berfikir secara kreatif. macam otak aku yang konon-konon kreatif ni. hehe. tapi aku tak tunjuk terlampau details la. korang fikir sendiri la macam mana nak jadikan benda tuh. just tunjuk2 gambar so korang boleh imagine apa yang aku tengah reka ni. okay kalau dah faham lets do it yourself~


mula-mula sekali adik-adik manis sekalian. anda perlu sediakan jarum,benang.gunting,seluar jeans yang dah tak guna, dan mesin jahit


kemudia potong bahagian peha seluar tuh. then letakkan jarum peniti kt tempat yang nak jahit


          
macam ni. yee


          
haa pastu sila jahit jelujur sikit untuk memudahkan proses menjahit

          
jahit macam ni ye. macam akak comel yang tengah gigih menjahit ni


          
tadaaa cantik tak jahitan jelujur i..hahha ni namanya jahitan jelujur sukahatiku.


          
pastu boleh la menjahit.haaa bab menjahit ni my  mum handle. sebab saya takut dgn mesin jahit.eh mesin jahit takut saya. sebab saya boleh patahkan jarum .hahaha


            
ko tengok. seluar jeans yang menjadi mangsa.patut nye sebelah je kena potong. tapi sebab aku nk buat dua helai inner so dua-dua belahku potong.hahaha


ok dah siap! dan hasilnyaa jeng..jeng..jeng..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

haaaiipp!! tunggu dulu..aku tahu mesti korang nak cakap .eh tu kan seluar takkan nak letak kat kepala pulak. laaa janganlah fikir kolot sgt . sebab dah potong-potong okay la. then seluar korang jugak. sebaiknya guna seluar jeans sendiri la. haha.so be positif ye, niat aku ialah tak nak membazir seluar ni dibuang begitu sahaja dan disamping boleh menjimatkan kos. sebab mmg rm000000..tak payah nak beli inner sampai rm15 kos penghantaran rm3..dah rm18..membazir.so guna je ape yang ade kat rumah tuh ye syg2 sekalian....

eh terlupa pulak pasal hasil..hahaa nilah hasilnyaaa heng..jeng..jeng..
.
.
.
.



please once again..fokus pada inner

\
see.cun kan. cm stylo jek 


ribbon tu pun aku reka2 je guna jeans..haha comel pulak



soo ape pendapat korang semua..okay ke x?


 

13 comments:

  1. Salam,
    wah, krietiflah...

    ReplyDelete
  2. anonymous: wslm..thanks

    mumum: hehe jgn seriuss..

    ReplyDelete
  3. cik yaya: kreatif! blh wat bisnes nih....

    ReplyDelete
  4. insyaallah..dlm perancangan..hehe tgh pikir idea2 pelik lagi

    ReplyDelete
  5. marissa : hehe try la..jgn malas2!hehe

    ReplyDelete
  6. i like it!nk try la..hehe..
    nasiha

    ReplyDelete
  7. Thanks for the tutorial. Nak cuba ni.

    ReplyDelete
  8. Wah...best..best,..nk try..nk try...

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^