23 November 2010

2 tips berkesan meningkatkan trafik blog anda!


 salam

weh cik yaya ko takde keje ke asik update blog jek? dah free sgt ke? jawapanyaaaa iya..mmg saya terlampau free terlalu banyak waktu senggang..hahha so saya nak buat analisis blog je ptg2 ni. sila jangan mara.

tips pertama- promot blog kt FACEBOOK

haaa korang nak tips tak? nak tak..rasanya dah banyak blogger2 otai bagitahu tips ni. tapi xpelah saya yang blogger baru ni pun nak kasi gak tips berdasarkan pengalaman sendiri okay. bukan pengalaman orang lain. tadi yaya cek2 kat stats..nk tgok la traffic source,posts paling masyuk, dan macam-macam lah. best woo kat sini kita boleh tengok blog sape yang selalu jadi refferal..paling top refferal yaya utk bulan ini ialah facebook.sebab yaya suka post status kt facebook blogger contohnya geng blogger, blogger crew, dunia blog,malaysia blogger,blogger muslim dan macam-macam lagi lah. kalau korang nak orang baca blog korang kenalah promot sikit. sebab saya bukan blogger popular yang buat je entri meletop2 orang datang masuk blog. owh saya bukanlah orang itu. huhu.. so tips pertama ialah SILA PROMOT BLOG ANDA DI FACEBOOK BLOGGER..yang seperti saya nyatakan tadi...banyak kot.

tips kedua - masuk contest

tips yang ni memang teramatlah berkesan. kadang-kadang masuk bukan nak menang pun kalau menang lagi bagus. tapi saya masuk sebab orang akan klik link kita dari contest tu. contohnya contest mata menawan cpm anjurkan dulu..still lagi orang tengok sampai sekarang..memang kebanyakkanya trafik dtg dari blog akak cpm jugaklah..thanks kak honey,. tengoklah buktinya ada kat atas..lepas tu masuk contest suara people pulak..ramai gak view..masuk contest CST PRODUCTION yang saya dah kalah tu..hahha ramai gak view..so kalau nak tingkatkan trafik anda silalah masuk contest walaupun contest itu kita tak patut masuk.

so saya ada dua tips je la buat masa ni. tips-tips lain akan menyusul kemudian

p/s : ttg blogwalking..saya kurang sarankan sebab tak semua blogger akan buat kunjungan balas..nanti anda jugak yang kecik hati sendiri..contohnya saya.sebab saya ni kadang-kadang saya kejar masa..bukan masa kejar saya.




 

4 comments:

komen anda begitu berharga~ ^__^