27 July 2010

.12 barisan manusia,,menuju ke akhirat.

Salam

saya baru je dapat email ni tadi. amat tertarik. thanks kepada kawan saya yang berkongsi info yang sangat2 berguna dan menyedarkan saya seketika. yang sentiasa lalai. yang dah baca ni kalau boleh copy and letak la kt blog kamu. biar satu dunia tahu.

Barisan pertama: 
Di iringi dari kubur dlm keadaan
tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg 
menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka". 


Barisan ke-2: 
Di iringi dari kubur 
dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg 
meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
 

Barisan ke-3: 
Di iringi dari kubur dgn 
bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking 
"mereka adalah orang yg 
enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka
 

Barisan ke-4: 
Diiringi dari kubur dlm 
keadaan darah memancut keluar dari mulut 
"Mereka adalah antara orang yg
suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal. 

Barisan ke-5: 

Diiringi dari kubur 
dalam keadaan berbau busuk seperti bangkaiketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka. 


Barisan ke-6: 
Diiringi dari kubur dengan
keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu. 

Barisan ke-7: 

Diiringi dari kubur 
tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran. 

Barisan ke-8: 

Diiringi dari kubur 
dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka". 


Barisan ke-9: 

Diiringi dari kubur 
dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya. 

Barisan ke-10: 

Diiringi dari kubur 
dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya. 

Barisan ke-11: 

Diiringi dari kubur 
dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. 
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya. 


Barisan ke-12: 

Diiringi dari kubur 
dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama.mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T" 


p/s: pengisian rohani tu boleh dari pelbagai cara tak semestinya kena ke masjid.baca dan fahami dan amalkan sudah mencukupi.

1 comment:

komen anda begitu berharga~ ^__^