01 June 2010

.suara hati saya.

Salam.
Saya merasa semakin hari semakin takut dengan dunia. takut sangat-sangat kalau benda yang  berada dalam kotak fikiran saya akan berlaku iaitu satu je perkataan dalam otak saya 'PERANG' sangat takut. sudah kah saya bersedia untuk berjihad ? kes yang baru berlaku baru-baru ini kapal Mavi Marmara yang telah diserang oleh Laknatullah israel amat kejam dan tiada perikemanusiaan. mmg mereka tiada hati dan perasaan pun. tapi apa yang mampu kita buat ? tulis blog macam saya ? membebel ? berdoa ? boikot barang israel ? saya buat ke semua itu ? saya mengaku saya masih tidak mampu untuk memboikot barang-barang israel . seriously


saya bukanlah seorang yang pandai bab2 seperti ini. saya tulis berdasarkan apa yang saya baca dan bukan apa yang saya lihat. saya faham pun belum tentu faham sepenuhnya. kalau imbas balik. saya rasa rakyat Malaysia pun belum tentu boleh menunjukkan apa-apa tindakan kerana apa yang saya lihat kita masih mengamalkan cara hidup yang sudah terpesong jauh dengan agama kita. saya pun . saya mengaku saya juga belum cukup sempurna akhlak. saya pernah membuat dosa. sapa yang tak pernah buat dosa jangan nak tipulah.


bagaimana Allah S.W.T nak makbulkan doa sedangkan masih tidak lengkap akhlak kita. saya sebagai perempuan pun saya mengaku saya belum pass dari segi berpakaian. pakai tudung tapi dada tetap nampak. pakai baju tapi belum cukup longgar. pakai seluar pun belum cukup longgar. even kalau pakai tudung tetap jarang. ini semua disebabkan peredaran masa. bila saya hendak sedar. doa saya mungkin tak kan dimakbulkan atas sebab-sebab ini.


kalau lihat facebook pulak. baru-baru ni selepas serangan israel seramai 30,000 orang telah keluar facebook .itu merupakan tanda protes mereka terhadap israel. saya ? mampukah saya nak quit facebook saya ? mampukah ? memanglah tak susah deactivate sajalah. tapi nanti bila masalah ini sudah senyap pasti akan menyesal. saya masih tidak mampu untuk menutup facebook saya. 


sebenarnya bermacam-macam hal yang kadang-kadang saya rasakan saya sudah tahu salah tetapi saya masih lakukanya. dulu ingat lagi tak serangan israel terhadap palestin masing-masing sibuk boikot barang israel, mcd,kfc, dutch lady dan macam-macam lagilah tetapi sekarang....apa penyudahnya...tiada apa-apa...hidup berjalan seperti biasa. susahlah nak tinggalkan benda yang sudah biasa. baru petang tadi saya makan mcD.macamane tuh. apa sumbangan saya?


Saya cuma harapakan sekarang pihak pemimpin boleh membantu rakyat Malaysia yang masih terselamat untuk sembilan sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dari Malaysia dan dua krew televisyen Astro Awani yang berada atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel ketika misi kemanusiaan menghantar bantuan untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza pagi semalam


p/s : bercakap melalui hati.

1 comment:

  1. salam.. ct pn mcm yaya jgk.. xtlpas dri dosa..
    tp ada ayt al-Quran yg myebut doa kaum Hawa mdah dmkbulkan krna kaum hawa bhati lmbut.. ~lbey krang mcm tu... ct gna ayt sdiri.. :)
    troskan bdoa yaya.. go acha fhting! :)
    mcd, kfc, & s'angkatn dgnnya tu baik xyah mkn sbb dragui khalalnya.. ct da lma stop smua tu.. huhuu.. ada ayat dlm al-Quran yg sbut mkanan jga mcork akidh ssorg umt Islam.. lbey krang mcm tu lg.. :) wassalam..

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^