26 May 2010

sanggul tinggi haram.



Salam.

pertama-tama sekali saya nak cakap kat sini yang saya bukanlah ustazah atau terlalu baik dan tak pernah buat kesalahan. ayat baik punya kan. tapi memang saya nak mengaku awal-awal. nanti karang ada yang baca duk kutuk2 saya kat belakang. eleh dia nak nasihat orang tapu dia pon tak betul.hahahah selalu la tuh terjadi saya pun kadang-kadang cakap camtu. sebab saya bukanlah baik sangat. perempuan nie kebanyakannye masuk neraka sebab lidah. tak reti jaga lidah .cakap ikut sedap rasa.saya pun memang agak sukar nak jaga lidah ni. cmane ek..huhu.

bukan pasal lidah yang saya nak cerita tapi sanggul arab lah. pasal lidah next time la ok. pasal sanggul yang perempuan sekarang duk sibuk sangat. beli sanggul yang bila saya tengok dah macam rambut palsu. tau tak hukum rambut palsu tuh? haaa sama la bila kita pakai sanggul yang ada rambut palsu tuh. kalau tutup guna tudung pun tapi dah menyambung rambut kat dalam tuh pe jadahnya.

mungkin la ada yang betul-betul rambutnya panjang so sy sanggul la tinggi2. tu pun tak boleh la sebab motifnya nak nampak cantik kan.haaiihh..macam-macam trend sekarang nie. tetapi janganlah sampailah menghalalkan yang haram.

sama-samalah kita fikir mana baik mana buruk untuk kebaikan bersama.





akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat “-
 hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

 ” dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini ” – 
hadith riwayat Muslim. Hadith no 212

7 comments:

  1. salam..
    astakfirullah... hrap ct xmcm tu...

    p/s ; smoga kita djaukn dri sfat2 mngkar, & ddkatkn dgn sfat2 makruf.. truskn usaha bdkwah krna ALLAH SWT.. :)
    wassalam..

    ReplyDelete
  2. bagus ada jugak kaum perempuan yang ingatkan kaum permpuan yang lain... lagi pun saper lagi nak ingatkan betul tak. kalau lelaki yang cakap kang terasa pedas plak.. walau apa pun tahniah cik yaya sebab ada kesungguhan untuk menegur.....

    ReplyDelete
  3. ye la dik, dah byk dah org ckp pasal ni.. masing2 pikir la halal haram nye kan..

    ReplyDelete
  4. to cik CT : amin..yaya pun harap tak kan terikut..

    to ZAHILAL : thanks...hehe tapi tataula cara tegur ni betul ke x..try my besh

    to suliana : betul2. pk betul2.

    ReplyDelete
  5. betul ada salah cara teguran tue tak penting, yang penting masih lagi ada yang ada kesedaran nak tegur. sampai biler nakl biar jerk kan... betul tak?

    ReplyDelete
  6. to zahilal : betul tuh.kite dah tau xkn nak biarkan je.

    ReplyDelete
  7. Salam...bagus tu..bila kita tau kita hebah2kan..baru semua org tau dan peringatkan org yg mudah lupa atau yg memang x tau.Esok nnti kita x d persalahkan oleh mereka2 yg lupa dan yg x tau..Selamat kita dunia & akhirat..amin..

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^