17 December 2009

Salam Maal Hijrah 1431



                                       


Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram

 Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam

 kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. 

Pertama  memperingati penghijrahan Nabi Muhammad 

dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan

 Kedua , ia merupakan hari keagamaan di mana umat 

Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. 


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan
berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"





DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



No comments:

Post a Comment

komen anda begitu berharga~ ^__^