06 November 2009

sejadah berdiri.





Salam..
sekarang ni mcm2 perkara berlaku..
alaaa bkn sekarang jerr..
sejak dari dulu lg da..
isu sejadah berdiri ni pun dah penah ader dulu..
tp sekarang makin kerap lak..
tp yg menjadi kemusykilan dlm fikiran yaya sekarang ade yg mengatakan sejadah berdiri itu membuktikan kebesaran Allah dan ader sesetengah mengatakan itu perbuatan manusia
mane 1 nie??
jom kte bace skit2



ALOR SETAR 21 Okt (Bernama) -- Selepas kejadian sejadah berdiri di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di Pasir Mas Kelantan semalam, kes yang sama berlaku di Surau Al-Rahmaniah Kampung Teluk Yan di sini Rabu.
Kejadian itu disedari oleh seorang murid, Noor Zulaika Mohd Rashid, 9, ketika dia dalam perjalanan ke kelas Al-Quran di sebuah rumah penduduk kampung yang terletak di belakang surau tersebut."Saya nampak melalui tingkap surau yang terbuka, ada tiga sejadah yang berada dalam keadaan berdiri tetapi tidak bergerak dan saya terus memberitahu rakan saya," katanya di sini hari ini.Sementara itu, Mufti Kedah Datuk Badarudin Ahmad menggesa umat Islam agar tidak percaya dengan kejadian sejadah boleh berdiri itu kerana ia boleh membawa khurafat.



yg ni lak..



Di PULAU PINANG, kejadian serupa berlaku di sebuah surau di Tanah Liat, Bukit Mertajam pada waktu Asar hari ini, di mana empat helai sejadah yang seakan-akan orang sedang duduk dalam tahiyat dan menghadap ke arah kiblat.Menurut seorang penduduk, Mohd Khalid Abdul Latif, beliau dimaklumkan oleh kawannya kira-kira pukul 5 petang tadi."Apabila saya pergi ke surau itu, saya lihat ada sehelai sejadah di bahagian depan seolah-olah seperti imam dan tiga helai sejadah seperti makmum di saf belakangnya. Apa yang mengejutkan saya, di depan sejadah "imam" itu ada seutas tasbih," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.



lagi 1...



PASIR MAS - Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.
Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.


tapi yg ni ckp camni plak


.
.
.






KANGAR: Kejadian sejadah berdiri di beberapa negeri sejak kebelakangan ini bukan peristiwa yang aneh kerana ia mungkin dilakukan manusia, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), Malek Hussin. 
Katanya, dalam beberapa saat sahaja sejadah boleh diletakkan berdiri terutama sejadah baru yang masih keras.Sambil menunjukkan kaedah mendirikan sejadah di pejabatnya hari ini, beliau berharap umat Islam tidak terpengaruh dengan perkara-perkara karut sehingga memesongkan akidah mereka.


Setelah bce2 sume nie..ape yg yaya dpt simpulkan yaya tatau nk percaye mane 1...tp yaya percaya ni merupakan salah satu bukti keagungan n kebesaran Allah..kita tunggu n lihat je ape lagi yg terjadi selepas ni..


No comments:

Post a Comment

komen anda begitu berharga~ ^__^