23 June 2009

Ape Hal !!

Hmm nape tajuk entri nie semacam jerk..hehe..ape hall..xde hal pape pun sebenarnya...yaya cume nk cakap yaya sape2 yg terjumpe budak ni kt mane2..x kire la kt shopping complek ker..pjbt pos ker...hospital ker..or airport ker..tlg gtau yaya..yaya da penat cari nie..dy maen nyuruk2 la..men nyuruk2 jauh lak tuh..huhu ko nape yaya sewwweel da yerkk..hehe mmg aku sewel nape..huhu ni la padahnya percintaan jarak jauh..hahaha..meh sini kte bce ramai2 aper TIPS percintaan jarak jauh nakkk..

Tips untuk Survive dalam Percintaan Jarak Jauh

Percaya pada pasangan

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. . Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.Yaya percaya pada enol..tu je yg dpt yaya katekan..tp tidak 100 % krn kdg dia ader tpu sunat..yaya pun tpu sunat nk tau aper..biler dy tanyer 'ayg,da mandi ke belum?' 'hehe..dah la syg ni' tp sebenarnya yaya xmandi ag..hehe..tu lah namenyer tpu sunat k..xde la bsar sgt kn..jgnlah tpu melampau2..xbaik tau!!

Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?Hmm kwn2 jgnlah amalkan sikap bercouple dengan kwn..yaya sentiasa elakan dr melayan msg2 dgn laki2 lain..lgpon enol xyah risaulah yaya xramai kwn laki...xsuke lah..laki nie bile kte anggap kawan nnti dy anggap lain kn..so same2 la kte elakkan jgn terlalu baik pd lelaki..just baik ngan pasangan anda jujur tau..

Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.Hehe..yaya paling suke tips nie..tapi tips nie pon dpt dilaksanakan setelah beberapa bulan..tp xpe lah at least berjumpe gak kan..jgn x berjumpe lansung.Bg yaya bile jumpe tu rase cm nk nanges jer..terharu sbb dy sanggup dtg dr Johor ker Melaka semata2 nk jumpe Yaya..yaya hrp jgnlah berlaku perkara yg buruk dlm hubungan kami berdua..minta dielakkan..

Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.Yang nie susah sket..kn si enol tu blayar..bile blayar line pon susah la nk dpt..so kdg2 je la time dy anchor leh la manje2 tido berdodoi bangun berkejot..tp kalo dy blayau sorg2 je la yaya..melayan perasaan nagan moci2 yg xde perasaan tuu..o la laa

Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.Yg ni yaya bru je buat hari tu..walaupun lambat skit smbot birthday dy..tp yaya ttp nk wt gak..biar dy ingt sampai bile kt bini dy nie..hehe..yaya buat sume tu untuk menghargai hubby yaya nie..dan supaya dy tahu yang yaya xpernah lupekan dy..and dis was my first time celebrate birthday siap ader cake ag ngan enol...sungguh bahagia time tu..miss da momentss..

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.Yup!! sgt2 btol..jadikan jarak jauh itu sebagai satu cara memupuk rasa kasih sayang kite..dan mengajar jd setia..yaya percaya dengan takdir dan kata-kata itu merupakan sebagai satu semangat utk yaya..


p/s buat kekasih gelapku..iaitu Zainol bin Jaffar..mengertilah bahawa

1 comment:

  1. sbnrnya, ada baiknya cnta jrak jauh ni. bg aku, dah kawen nnt tak la cepat bosan sbb jrg jumpa mse brcinta. huhuhu... menda la aku ngarut ni..

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^