16 May 2009

::.. KeLeBiHan YaYa Si KiDaL ..::::


Info ni yaya ambil dr http://alkiram.net/salam/.
Adakah entry ni berbunyi seperti ‘angkat bakul’ sendiri??Barang siapa yg tak suke entry ni..takyah le bace ye…peaceee!!!! Semua ni saya petik dr homepage diatas..cuma ditambah sedikit sebyk utk menyedapkan rase :-p Agak menarik bagi yaya info nih..
Mungkin ada kebenarannya…memandangkan mak dan adik mempunyai sedikit bakat dlm lukisan.Tp dalam family yaya, yaya sorang jer kidal..cmane tuh?? musykil2..mane yaya dpt gen kidal neh..yay slalu terfikir..Pastu yaya pon cr la artikel ni, Ni bukan nk memuji diri ok..hehe.Yaya mmg ader bakat melukis..lame dah x memegang berus lukisan sebenarnya. Dulu masa sekolah dulu..selalu sgt lukisan yaya cikgu ambik utk dibuat contoh :-p..lukisan apela sgt..bodoh2 aje pun.

:::::.... Definisi ....:::::

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

::.. Hubungan kidal dengan otak ...:::

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.


:::...Fakta menarik ...::::

1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.(btol2..yaya kdg tau benda tu tp malu nk ckp..nk wt cmane da kidal kot)

Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”.

Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn

:::... Tokoh- tokoh Kidal ...::::

1. Presiden Amerika Syarikat
I. James A. Garfield (1831-1881) 20th
II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd

IV. Gerald Ford (1913- ) 38th

V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th

VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st
VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd

VIII. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )

2. Tokoh ternama

v Aristotle (Ahli falsafah)
v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),

v Isaac Newton (saintis)
v Albert Einstein (saintis)
v Henry Ford Jr., (automobil)

:::..Kelebihan dan Kekurangan ..:::

1. Kesukaran bagi individu kidal: Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.( sgt la btol..yaya sukar nk tulis kdg2 kalo buku nota tu tebal )

Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain. (hehe ni pon btol..rase cm cacat jer bler gune gunting )


Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada. (yup, yaya kne mengiring skit krn yaya tulis kdg senget..tp tulisan bole thn lawa gak )


Pelajar
-Lagi satu masa kuliah dulu kan selalu la ade meja yg sekali kerusi tu..tertekan betul bile kena duduk kerusi mcm tu..sbb kena pusingkan badan..kalau tak mmg takleh nk menulis.


-Dulu pernah suruh mak ajar yaya mengait. Tapi mak guna tgn kanan,yaya pulak tgn kiri.Jadi org nk mengajar pun
payah..jadi mcm terbalik..Last2 yaya dh malas nk belajar mengait..haha.Kalau nk belajar kena pakai buku kot hehe. Bila mak yaya ajar cara2 kelim karipap tu pun..dia mula dr kanan ke kiri.yaya pulak buat terbalik,dari kiri ke kanan..hahaha…


2. Kelebihan bagi individu kidal:

Tulisan Arab: · Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :
· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.

“Adaptability: · Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”

Peperangan : · Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya. · Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang dengan pahlawan tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan pahlawan tangan kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan menentang pahlawan kidal.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:

a) Teknologi Maklumat Bill Gates

b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan ) Saidina Umar Al-Khattab Julius Caesar, Alexander the Great, Napoleon Bonaparte dan Isterinya, Leonardo Da Vinci

c) Musik dan hiburan Michelangelo Buonaroti, Beethoven Selebriti Oprah Winfrey Amitabh Bachchan Tom Cruise Charlie Chaplin Nicole Kidman Marilyn Monroe Angelina Jolie Keanu Reeves Sylvester Stallone Asmawi bin Ani( Mawi ) Man Kidal

d) Sukan
Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak) Diego Armando Maradona (Bolasepak) Lieonel Messi (Bolasepak) Rafael Nadal (Tenis) John McEnro (Tenis) Lin Dan (Badminton) Valentino Rossi (Lumba motosikal)


:::: Rumusan ...::::

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.


3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan


7. Individu Kidal, Individu Elastik
Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan.
Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.(huhuhu yeke..)


:::.. Orang kidal pintar? ...:::

Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.

:::... Makan tangan kiri ...:::

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)
Pasal isu makan guna tangan kiri. Yaya rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.


Wallahualam.

“only left-handed are in their right minds"

4 comments:

  1. nak tyer skit eh...
    orang lefthanded ni leh control emosi ke x?
    klau leh mesti yaya x nangis bile orang tersayang onboard vessel...
    yaya kan kuat...

    ReplyDelete
  2. nnti kalau da kawin, agak2 cincin sarung jari mner ek? kidal eh... nnti klau cebuk, msti byk bhn2 yg merbahaya terlekat kat cincin tu kan... silap2 leh tercabut msuk dlm magkuk tandas.. hahaha...

    ♥Ё№Ľ♥Ё№Ľ♥Ё№Ľ♥Ё№Ľ♥Ё№Ľ♥Ё№Ľ♥Ё№Ľ♥Ё№Ľ♥Ё№Ľ♥Ё№Ľ♥Ё№Ľ♥

    ReplyDelete
  3. rasenyer xleh..hehe...ader sesetengahje kot..yaya xkuat la..kuat mamam jer adelah..

    ReplyDelete
  4. uwaa...abg jaat..pakai cincin kt tangan kanan la..huhuhu

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^