16 May 2009

~The Book Of General Ignorance ~


Yaya ader t'jumpe sebuah buku ni tajuknya

" The Book Of General Ignorance"

Tajuknya saje dah menggambarkan ianya sumthing yang menarik bg yaya..yaya xde la bce ag..tp yaya akn try cr la ble2 free..

Buku ini ditulis untuk mendedahkan pengetahuan am atau “orang kata” yang kita semua tahu, tapi sebenarnya salah.

Rasa lucu dan ingin tahu. Semua ada kalau korang baca buku ini.

Kalau nak baca sendiri, boleh beli di mana-mana kedai buku. Ada edisi poket, cuma RM37.50. Jangan cakap mahal, kalian reload telefon bimbit empat kali pun dah lebih daripada nilai itu. Haha.

Kalau malas baca, boleh tengok beberapa fakta yang kita rasa betul, tapi dibongkar sebagai salah dalam buku ini. Aku petik yang aku suka sajalah.

Dan yang mudah difahami. Kalau berbelit-belit, aku pun malas taip.

Macam mana nak baca fakta-fakta di bawah? Jawab soalan yang aku bagi dalam hati (kalau korang tahu jawapannya) dan lihat jawapan sebenar.

Ini dia:

1. Manusia ada berapa lubang hidung?
Empat. Dua lagi lubang hidung menyambungkan lubang hidung luaran dengan rongga leher. Nama lubang hidung dalaman ini – choannae.

2. Di manakah tempat paling kering di dunia?
Antartika. Ada beberapa tempat di sana yang tak pernah ditimpa hujan selama dua juta tahun.

3. Apakah binaan manusia yang boleh dilihat dari bulan?
Tidak ada. Bukan tembok China. Pada ketinggian beberapa ribu kilometer, sudah tidak ada binaan di bumi yang boleh dilihat dengan mata kasar. Apatah lagi bulan, berjarak lebih 400,000 kilometer dari bumi.

4. Siapakah pencipta telefon?
Antonio Meucci. Pereka Itali ini mula mencipta telefon (dikenali sebagai teletrofono) pada 1860-an dan memohon hakcipta pada tahun 1871. Malangnya, Meucci jatuh sakit pada tahun yang sama dan gagal memperbaharui hakcipta. Graham Bell dapat nama untuk ciptaan tersebut pada 1876.

6. Di negara manakah paling banyak harimau boleh ditemui?
Amerika Syarikat. Di India, hanya ada lebih kurang 4700 ekor. Tapi menurut Persatuan Zoo dan Akuarium Amerika Syarikat, ada lebih 12000 harimau dijadikan haiwan peliharaan di negara itu.

7. Apakah warna air?
Biru. Warna ini jelas dilihat dalam fenomena semulajadi seperti lubang dalam salji, atau ais tebal dalam air terjun yang membeku.

8. Apakah nama ibu negara Thailand?
Krung Thep. Bangkok ialah nama sebuah pekan perikanan sebelum Raja Rama I datang dan membuka bandar baru dengan nama Krung Thep pada tahun 1782.

9. Apakah haiwan terpanjang di dunia?
Cacing riben (Lineus longgisimus). Cacing ini boleh mencecah panjang 60 meter, dua kali lebih panjang daripada paus biru.

10. Kasut Cinderella diperbuat daripada apa?
Bulu tupai. Charles Perrault, penulis kisah ini pada kurun ke-17 telah tersilap dengar kisah kuno Perancis ini yang menggunakan perkataan vair (bulu tupai) dan menggantikannya dengan verre (kaca). Malah, sebelum versi Perrault, sudah ada 340 versi kisah ini dan tidak ada satu pun yang menceritakan Cinderella memakai kasut kaca.

Banyak lagi. Dalam edisi poket pun sudah ada lebih 280 fakta yang dihurai.




2 comments:

  1. ader x dalam buku tu jawapan antara ayam ngan telur, yg mner ader dlu?
    klau ader jawapan tu, bleh la bli byk2 ksi kat kwn2.... klau ader inform or send sms di no 017-ryuh1an

    ReplyDelete
  2. xde kot..tp rasenyer mengikut pandangan prof.yaya..ialah ayam hehe..

    ReplyDelete

komen anda begitu berharga~ ^__^